Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Doa Memudahkan Bersalin

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah.
Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
SURAH AL-ANBIYAK(21):87 

Doa ni, mak yang suruh baca..so terus cari kat internet untuk share dgn semua..
insyallah mudah untuk bersalin

Doa Ibu Hamil

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.
Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.
Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat NabiMuhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.

3.30 Pagi tadi

06 January 2011 ( Thursday)
jeng jeng...suspend

nk start camne eh?
Ok pagi tadi dalam kul 3.30 pagi..rase basah2 jer bhgn bawah..mula2 buat bodo..layan tido lagi best..then ish rase x sedap hati pulak..at last gerak hubby mintak on kan lampu..tgk2..Ya Allah..habis baju tido ku..sampai ke tilam..byk jugak..

uhuhuh..Turun tanda? DARAH lagi...buka air ketuban..byk jugak..habisla tilam kami..

saya panik..tp hubby maintain..

actually brg2 utk mummy x pack lagi..tp smlm tergerak hati suruh hubby keluarkan beg itu after blk dating ngn hubby..tgk movie + dinner..

Bayangkan, after pakai pad bagai, sempat lg kitaorg kemas brg..saya tgk checklist utk mummy yg baru je diprint di opis, hubby tolong carikan brg2 keperluan mummy..baby nye barang dah settle since 7 months lagik

then basuh baju+ rendam baju+basuh cadar ->mcm x best klu baju x basuh..kalau bersalin x leh buat dah semua tuh..tp hubby kan ada..he3

After dah settle semuanya..kitaorg tido..tp x leh tido la..mcm2 duk pk..byk benda tak settle..keja di opis..keja di rumah..kerja personal..byknya..

dah la booking flight utk my mum+ayah+anak sedara 15/01/2011..coz klu ikut My edd : 26.01.2011

baring2 sampai kul 6.15 pagi then ke dapur :

-Masak cokodok pisang. mmg tunggu pisang tu masak..takut x sempat nk makna. nnti kempunan pulak-
-Susun pinggan mangkuk-
-Sidai baju yg dibasuh tadi-
-sapu sampah-

Kebetulan harini my weekly checkup..pergi Klinik Kesihatan n inform nurse :
"saya ade checkup harini tp dlm kul 3.30 pg tadi ada bleeding.so mcm mana yer nurse"
Nurse cakap : " Kalau camtuh terus jer pergi hospital..Selamat bersalin"

Sampai hospital ada sorg geng preggy nih sampai jugak..dah nk bersalin jugak kut. dia nyer due sama lak tarikh ngn saya..tp dia tanda air..so trus warded..me?

dr kul 8.00-11.00 baru selesai..jantung bb ok..doc check bukaan..tp x buka lagi la..sakit oo time doc check bukaan..So balik la opis..sebab mmg nawaitu klu x rasa apa2 lagi nk settlekan apa yg patut..

until now..masih bleeding..tp dlm kuantiti yg ckit..baby gerak ok..contraction ckit jerk..lambat lagi kut..

nape eh? betul ker tanda? or bleeding saje2? coz semalam :
*2x naik tangga yg tinggi sebab dapat parking jauh..huhu..rumah kitaorg kan ala-ala atas bukit..hihihi*
*tgk movie -kuat sgt ke effect dia*
*dinner koey teow goreng penang+french fries+soya cincau+rootbear float* takkan kut
*semlm cara tido x seperti cara tido bila dah masuk 8 bulan..tido mcm zaman time 7 bulan n below*
*takkan sebab rancak duk hafal doa Nabi Yunus dlm perut ikan nun tuh?*
hai hai..mcm2 betul
*takkan sebab makan ubat antibiotik+tahan sakit (utk gigi) + folid acid?*

Hope kalian doakan untuk saya yer


Solat Duduk

Solat Duduk..skrg klu solat dah kena buat solat duduk..start solat duduk sejak masuk 8 bulan. me ikut cara macam nih..sebab, bila tanya hubby, hubby cakap ikut cara kita yang selesa sebab Allah swt dah tetapkan beberapa jalan yang mudah untuk sembahyang duduk..Allah swt tak akan susahkan kita kecuali dengan dugaan yang Dia bagi tu la..wallahualam..

So me mcm ni la gayanya time sembahyang sekarang..



kacik la gambar..details u can look at here

baru2 nih ade one of my friend tanya boleh eh sembahyang duduk bersila..me buat juuga kadang2 kalau dah tak larat sangat..klu buat yg mcm biasa tuh sakit kaki..time tuh pas makan..

nih ada sedikit source dr sini. Tp nih bukan di Malaysia..Haruslah kucari lagi sumber2..sapa2 ada info boleh la share2 yer

"Keadaan dan cara duduk bagi orang yang tidak berdaya berdiri dalam sembahyang fardhu atau berdaya untuk berdiri dalam sembahyang sunat tetapi melakukannya dengan duduk, tidaklah ditentukan cara dan keadaan duduknya itu. Bahkan adalah memadai dengan kesemua cara dan keadaan duduk itu, akan tetapi makruh dengan duduk iq‘a (bertinggung).

Manakala duduk bagi menggantikan berdiri:

Mengikut qaul yang ashah adalah afdhal duduk dengan keadaan iftirasy (seperti duduk ketika tahiyyah awal) kerana duduk iftirasy itu adalah salah satu duduk ibadat, maka ianya lebih awla (utama).

Sementara qaul yang kedua, afdhal duduk dalam keadaan mutarabbi‘an (duduk bersila). Cara sedemikian ini ialah bagi menggantikan cara sembahyang berdiri, oleh yang demikian hendaklah dibezakan duduk menggantikan berdiri itu daripada duduk-duduk yang lainnya iaitu duduk dengan bersila.

Adapun cara duduk ketika hendak melakukan tahiyyah awal, tahiyyah akhir dan duduk antara dua sujud dalam sembahyang duduk, adalah afdhal dan sunat dilakukan dengan duduk yang sama sebagaimana sembahyang orang sihat. Iaitu duduk tawarruk bagi tahiyyah akhir dan duduk iftirasy bagi duduk antara dua sujud dan tahiyyah awal."

me..tahiyyah awal, tahiyyah akhir dan duduk antara dua sujud still kaki dlm bentuk yg sama sebab susah nk tukar.

36 weeks

36 weeks today - 9 months..

Fuh..already 9 months..it's very fast..
I'm so happy as a preggy woman..my colleague will give me chance what I want to eat every day esp lunch hour..ngehehehe..naik kepala ar..

my hubby..also family+Family in law..always asking me..apa yg teringin..I'm very lucky..all preggy woman are very lucky..sometimes nk lintas jalan pun senang..

36 weeks checkup today..all ok..baby ok..placenta ok..mummy not ok? asyik sakit gigi..after this I have to do checkup for every week..

Just now went to Private Clinic to do details scan..but my hubby still x puas hati selagi x buat 3d/4d scan..hmmm..perlu ker?

Sakit Gigi


adakah org len mcm nih ? me x la sampai kena ikat mcm nih..tp menangis2 la every nite..since 30 weeks..yg heran tuh time nak tido sakit sangat....meleleh air mata.kesian hubby x dpt nk tido..me? lagi lah..that's why every day kat opis jd mata kuyu..

betul la kata org preggy woman nih akan mudah utk sakit gigi coz kalsium byk diberi kpd baby

1st trimester:
me...mmg ada bengkak gusi..ada la beberapa kali EL..tak amk MC..cerdik2..
ada sekali tuh tumbuh pulak gigi geraham kat bhgn bawah n yg plg hujung..sayangnya x dpt tumbuh full sebab ada gangguan oleh geraham hujung yang dh rosak tuh..pastu dh tak sakit dah..until now 3rd trimester, dia dtg balik..lagi teruk!!


3rd trimester:
time 1st trimester, ada buat checkup gigi n sepatutnya kena buat tampalan gigi pd tarikh appointment 27/10/2010, tp pastu postpone pulak ke 22/11/2010..bayangkan dr bulan 6 checkup. Time bln 11 tu gigi dah makin truk..yg mana patut ditampal dah x boleh ditampal..1 jer yg ditampal..yang lain2 haruslah dicabut tp pas bersalin..br2 nih refer ke doc lagi sebab sakit la pulak, doc check2 leh cabut 1 je gigi...ubat antibiotic+tahan sakit yg diberi pun xmakan sbb takut effect kt baby..doc ckp bila ubat dh habis mkn dtg blk n trus cabut 1 gigi tuh..sampai skrg x p pun sebab takutla..tanya sana, tanya sini, ada yg suruh cabut..ada yg kata jangan cabut..sangat confuse..perlula buat keputusan sendiri yer..mcm2 pendapat dh dengar kan..at last tanya pak cik google..ada satu kes sebijik mcm my kes..gigi geraham atas yg berlubang dan sgt sakit , weeks 35..kena makan antibiotic+ubat tahan sakit sebelum p cabut..so meh nk tempek..


source : baiboo

Mencabut gigi semasa hamil

Dr, Saya mengandung anak sulung dan skrg usia kandungan 35 minggu dan dijangka bersalin pada 29/9 ni. Pada ketika ini saya mengalami sakit gigi yg teramat sgt yg x boleh ditahan2 lagi.Saya tlh berjumpa Dr gigi dan didapati sebtg gigi geraham atas berlubang teruk dan terpaksa cabut.Appointment utk cabut gigi tersebut mgg dpn krn tunggu bengkak gusi surut.Saya dah tanya Dr tersebut bolehkah ibu hamil cabut gigi?beliau kata blh slps usia kandungan 3 bln ke atas krn ubat inject tu dikhuatiri masuk ke baby. Di sini saya nak confirmkan dgn Dr bolehkah saya mencsbut gigi buat masa skrg? Dan sementara tgg mgg dpn Dr bagi saya antibiotik Amoxycillin 250mg yg dibenarkan utk ibu hamil.Bolehkah saya mkn ubat tu? Terima kasih

Puan, saya jawab masalah puan dalam point form:

1. Walaupun gusi membengkak and sakit gigi teramat sakit, puan kena makan dulu antibiotik dan tunggu bengkak surut (iaitu kuman mati) sebelum doktor gigi boleh mencabut gigi gerham berkenaan.

2. Untuk mengatasi rasa sakit yang puan alami skrg, saya syurkan, puan tumbuk bunga cengkih hingga lumat, tambah air dan garam halus (lagi banyak, lagi baik), bancuh dan kumur dengan air bunga cengkih ini, setiap kali rasa sakit ini datang. Ia boleh melegakan.

3. Puan juga boleh sapukan bius gigi yang dijual di farmasi, namanya Bonjela atau sebarang ubat tahan sakit bengkak gusi/sakit gigi.

4. Setelah bengkak gusi surut sedikit, puan boleh pergi mencabutnya. Doktor tak boleh mencabut gigi semasa gusi bengkak (ini satu pantang larang pergigian).

5. Ttg mencabut gigi semasa hamil, masalah yang dikhuatiri ialah pendarahan yang sukar dibendung jika puan ada masalah hemofilia (hemophilia). Jika puan tiada masalah ini, mencabut gigi adalah prosedur yang selamat.

6. Semasa mengandung, hormon yang dikeluarkan oleh badan ke dalam darah membesarkan/mengendurkan saluran darah, dan pendarahan pada gusi boleh berlaku di peringkat akhir kehamilan. Jika pendarahan ini berlaku semasa puan mencabut gigi, ia akan makan masa untuk pendarahan reda (caranya ialah dgn menjahit gusi di mana pendarahan berlaku). Oleh kerana menjahit gusi ini amat sakit, maka doktor terpaksa berikan bius yang agak kuat supaya puan tak rasa sakit. Kandungan boleh terjejas sedikit (bayi akan meronta tapi tak lah sampai mati).

7. Ramai ibu yang hamil kurang selesa mendapatkan rawatan gigi semasa hamil.

8. Jadi pada pandangan saya, puan perlu ikut nasihat doktor gigi puan sepenuhnya. Cabut gigi memang selamat semasa hamil, tapi lagi baik jika rawatan gigi (sebarang prosedur) dilakukan sebelum puan jadi hamil.


Berikut pula info dari website yg lain :

1. http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/03/risiko-cabut-gigi-semasa-hamil.html

2. http://mysetbersalin.com/blog/2009/03/boleh-ke-cabut-gigi-waktu-mengandung/


So my decision? nak cabut tidak? hu3

Again about Nursing Cover

This is scheduled post!!!

12.25 pm
29/12/2010

Again yer..try google td terjumpa lagi satu website yg ada buat jualan untuk nursing cover nih..boleh juga refer utk entry yg lepas

sape yg berpengalaman, sharing2 la eh..ok ker benda alah nih?
source : permatahati

Rm 45 murah ckit daripada post yg sebelum nih



Produk ini direka khas untuk memberikan keyakinan dan kemudahan kepada para ibu untuk menyusukan bayi di ruang terbuka...

Material: Cotton

Contoh Penggunaan:
1) sebagai kain penutup bayi semasa menyusu
2) sebagai kain lapik bayi
3) sebagai selimut bayi

inilah gaya org yg guna nursing cover nih
source : uncle goole





Bagaimana saya boleh mengepam susu badan dengan baik di tempat kerja?

Anda akan memerlukan:

• satu pam – pam elektrik berbentuk dua adalah yang paling efisien tetapi harganya mahal (ramai wanita juga selesa menggunakan pam tangan);

botol susu;

• akses kepada peti sejuk atau kotak sejuk;

• lapit buah dada.

Elok sekiranya anda mula mengepam susu badan di rumah sebelum kembali bekerja selepas bersalin. Ini ialah supaya anda tahu apa yang sebenarnya akan berlaku dan dapat membiasakan diri dengan sensasi aneh apabila dua sarung pam ditekan pada buah dada anda. Anda harus mengepam sama kerap seperti kekerapan bayi menyusu sebab anda boleh menyimpan susu itu dalam peti sejuk sebagai bekalan. Sekiranya anda mengepam secara kerap tanpa mengikut jadual menyusu, anda akan mendapat sedikit susu sahaja berbanding dengan mengepam pada waktu menyusu penuh; walau bagaimanapun, jika anda mengepam semasa waktu bukan menyusu dan di samping itu menyusukan bayi pada masa yang sama, anda akan menghasilkan susu berlebihan dan akan berasa tidak selesa. Bila anda baru mula mengepam, anda mungkin dapat mengumpulkan sedikit susu sahaja, tetapi tidak lama nanti, anda akan mendapat beberapa auns setiap kali mengepam selama 15 hingga 20 minit.

Secara idealnya, anda perlu mempunyai akses ke sebuah bilik persendirian di tempat kerja, seperti bilik pejabat yang tidak digunakan atau bilik persidangan atau bilik stor yang besar dan bersih yang lengkap dengan kerusi, meja dan poin kuasa. Minta staf sumber manusia untuk mencadangkan tempat sesuai dan cuba dapatkan sokongan rakan sekerja atau pengurus anda. Jika terdapat permintaan lain (mungkin seorang lagi ibu yang menyusukan), anda boleh meminta disediakan bilik ibu-ibu susu di pejabat. Senario paling teruk ialah apabila anda perlu mengepam di kubikel bilik air. Pakar BabyCenter Jennifer Hor mencadangkan supaya anda hanya melakukannya untuk mengurangkan kebengkakan. Melihat keadaan (lazimnya) kurang ideal bilik-bilik air di Malaysia, susu yang dipam perlu dibuang sahaja.

Nursing Cover/Sarung Menyusu

Salam..

Semalam ada tetamu di rumah..my friend Linda..tgh preggy jugak skrg nih..she is 8 months pregnant..me 9 months.beza sebulan jerk..so apa lagi sembang2 pasal newborn la..baju baby, electrical pump...siap tunjuk lagi benda2 baby yg dah dibeli pd linda nih..haritu p rumah linda, dia ada tunjuk jugak baju2 baby yg dh dibeli..kitaorg excited sgt..so boleh sharing2 info beli kat mana..tempat mana yg murah..yer tak? sebelum nih x pernah tahu psl Nursing Cover/Sarung menyusu ni...Dia ada ternampak staff kpd husband dia guna utk menyusu baby di tmpt2 yg open..so dia story la psl nursing cover nih

aku terpk la balik..ha ah kan..let say la klu gi shopping mcm mana nk cover2..malu I..segan..takkan nk selak2..

Sambil - sambilan di opis td try tanya pak cik google..terjumpa la satu website nih..handmake lagi..

nih website dia..
http://bilikjahit.anggunflora.com/


cantik2 la..sebab fabrik yg digunakan tu sungguh menambat hatiku..termasuk lah color yg digunakan..color2 kesukaanku..

meh tgk nursing cover yg berjaya menambat hatiku..termasuklah tilam n bantal baby..sib bik dah ada dua set tilam n bantal tido baby nih..klu x haruslah terbang duitku..nursing cover nih tgh pk2 gak nk beli atau tak..or

DIY ;)














Ini pulak scarf dr website negara jiran
http://female.store.co.id/pembekal_baju_menyusu_map.html




tq Ct for asking me this question..tu la..pada mulanya duk pk gak..tak lemas ka baby..rupanya ada gak ciri2 yg x bagi lemas..

lupa nk tempek kat blog tadi...ngehehehee

Cara Penjagaan dan Penggunaan NC anggunFlora

  • Selepas menggunakan NC anggunFlora dan mahu menyimpannya pastikan tetingkapnya tidak terlipat, kerana tetingkap itu dipasang plastic bonning. Plastik bonning ini membantu mama untuk monitor baby semasa menyusu.
  • Contoh penjagaan boning;
  • Cucian tangan lebih diutamakan bagi menjaga tetingkap supaya tahan lebih lama.
  • Nc anggunFlora boleh juga dibuat selimut baby. Jika baby terus tertidur selepas menyusu, biarkan saja Nc anggunFlora menghangatkan tubuh baby yang sudah lena..sayang baby mama.

34 weeks

34 weeks..


Hello from BabyCenter!

Your baby now weighs about 4 3/4 pounds (like your average cantaloupe) and is almost 18 inches long. Her fat layers – which she'll need to regulate her body temperature once she's born – are filling her out, making her rounder. Her skin is also smoother than ever. Her central nervous system is maturing and her lungs are continuing to mature as well. If you've been nervous about preterm labor, you'll be happy to know that babies born between 34 and 37 weeks who have no other health problems generally do fine. They may need a short stay in the neonatal nursery and may have a few short-term health issues, but in the long run, they usually do as well as full-term babies.


Boy




girl?




Actually dah tahu gender baby since week 24
try scan n jumpa specialist di hospital Az-Zahara BB Bangi

Tapi still macam was - was lagi. Padahal time scan tu mg nmpk terang tang tang
hubby kata nk try p buat 3D scan di klinik An - Nur Putrajaya..takyah jumpa specialist dah..haritu jumpa specialist sebab org kata perut saya nmpk ke bawah..takut melintang..tu yg trus p Az-Zahara..at last ok ja..Alhamdulillah..

me n hubby x kesah gender apa pun..janji sihat and mudah dijaga nanti..

pagi td checkup n kena minum air gula..alhamdulillah x perlu minum dah for the next checkup. Result gula tinggi jugak tp x kritikal..

kali nih dapat rasa air gula perasa ribena...tp nak termuntah sebab tak tahan bau gelas tuh..eee yakssss...

tunggu hubby sampai kul 1 pm..sampai nk pengsan sebab tak makan apa lagi..lastly pegi makan pizza..dptla makan cheezy pizza + spagheti..yay!!!so far apa yg diingini dapat..semalam float A&W..sakan nya makan..

Bebelan #33 weeks

Yup!!!33 weeeks oledi ( 8 bulan 1 minggu)

Baru balik dr checkup di KK Putrajaya..

apa daaaa..suppose checkup smlm la mama...8/12/2010 hokey..bukan harini 9/12/2010..silap - silap...appoinment minum air gula taw for da 2nd time..dgr2 kali nih air gula perasa ribena..last time perasa orange..so terlepas la..


Mati2 ingat 9hb checkupnya..tgk2 buku smlm ckp kt hubby...alamak..terlepas suda.....

so gamble ja pergi pagi td...still posa..tp nurse ckp dia check dulu makmal nk accept saya @ tak..klu ramai xla..buat checkup biasa sj..normally makmal hanya tetapkan 20 org for each day..

at last terpaksa la ambik Q untuk tanpa temujanji..lambat suit..

after checkup semua ok..alhamdulillah..

yg KO tuh cara saya tanda baby movement utk 10 x tu salah..

mau tak nya..main hentam ja..awal2 ja jujur..pastu dh bz x sempat dah nk tanda..
kantoi la kan..nurse heran..haks haks..okla..pasni x buat dah..lgpun saya ikut nurse haritu nya advice..dia cakap len..nurse kali nih len pulak..adoilah..

pastu refer ke dental coz gigi dah kritikal..saya nk cabut..at last doktor bagi ubat tahan sakit + antibiotik..sesuai utk preggy woman..pas habis ubat tuh dtg blk klinik n terus cabut..takutnya!!!!!!!!

Then dun worry yer utk preggy woman..ada setengah kata time pregnant xleh buat apa2 kat gigi..apa2 hal kita refer dental dulu..

mmg betul la, maybe di awal pregnancy sj kut kena beware ckit..bila dah nk cukup bulan nih boleh dah cuci gigi, tampal gigi n cabut gigi..klu sakit sangat baru cabut k..

doktor akan guna ubat/bahan yg sesuai dgn preggy woman..make sure inform them u are now pregnant..ok..

ha,,.begitulah kisahnya......boleh tersilap date appoinment ;)
biasalah..balik kampung sure lupa daratan..........

p/s : x sabar nk upload gambar mknn yg selamat dlm perut nih time blk gk haritu..mcm2 ada..nantila bila free..;

Untuk entry sebulan yang lalu

haha..entry yg dah basi...tp mahu ku tulis jua...

semuanya sebulan yg lalu..


time nih mak teman saya di sini..hubby outstation..tp pas ja hubby balik..terus hubby ajak ke mom's little one Seri kembangan...hubby yg excited ok..entah lah napa..maybe terjebak dengan kawan2 kat opis dia..ramai yg guna benda nih di opis..sampai pergi berkursus pun bawak benda nih..so hubby dpt lebih byk info dr saya..kelakarkan..saya pun x ambik port sangat pasal benda nih..after buat survey, at last serbu la kedai itu..so dapat la ini..price boleh tahan..demam ooo..


breast pump spectra 3 kalau tak silap


Saya n hubby dah buat keputusan..breastfeeding secara eksklusif for our little one

klu x silap mcm nihi lah rupanya kut..pas beli x open dah beg



pro mom bag


~ dapat cooler bag ~

~ dapat beg galas belakang (pro mom bag) ~ mudah bawa gi opis ~

~ dapat apa lagi ntah..lupa la ~

##32 weeks - 8 months

32 weeks today!!! 3rd trimester

-alhamdullilah.. i am considered to reach this stage-
- babycenter + baby gaga reminded me that I am now on my 32th weeks-
- my love for the little one in my tummy love to kicks-
-I was holding my tummy all the times so that I can feel the kicks on my 2nd trimester. But now tak perlu put hands on tummy, tummy akan bergerak gerak..mmg best!-
-Already start to tick my baby movement at my pink book starting from 25/11/2010-
-My hubby like to smile when he also can feel our baby movement. something wow!!!-
-Very tempting to shop for baby stuff-
-no more sleeping and penat like in the 1st trimester-



updates by MamyPoko Club

You are really getting close. These next few weeks you will experience:

Colostrum leaking: The milk glands in your breasts may have started to make colostrum by now. Colostrum is the pre-milk that provides your baby with calories and nutrients for the first few days before your milk comes in if you plan to breastfeed. For some women, it is thin and watery. For others, it is thick and yellowish. If you notice your breasts leaking colostrum, you can buy disposable or washable breast pads to protect your clothing.

Varicose veins: Spidery blue/green webs spreading through your legs? Try to elevate your feet as often as possible


Update by Baby Gaga
Only 8 more weeks to go!
My super-baby weighs in this week at a whopping 4 lbs and 17 inches. As they continue to grow (and grow), my baby's womb-studio "shrinks" and their mobility declines in their increasingly cramped living quarters. Which means I'll soon be feeling less kicks and jabs. ONLY 8 MORE WEEKS!!!!



me @ 31 weeks at MV - Malaysia Baby, Children & Parents Expo



my sis & kids




my little princess baby Hana..my sis new daughter. She love to sleep. Hasilnya makin chubby



Diapers/pampers/pad for baby n mama, mummy


takder keja nk story psl diapers/pampers/pad nih..jd kerja sungguh

dah beli sebelum nih brand huggies utk newborn..beli yg kecil. recommended by my sis..so I just follow her..boleh tak mcm tuh






Then sebelum ni mencari brand drypers coz ada ciri - ciri utk Navel Care..so baby selesa la ckit kan nanti..grab satu kt jusco MV..



utk saya pulak dah beli yang ini.recommended by my sis jugak..katanya lembut ;)




Malaysia Baby, Children & Parents Expo




hoyeh..Finally dapat jugak p MV utk jalan2 di ekspo nih sambil shopping2 di MV
sebelum nih meroyan nk p pureen warehousale..tp hubby lak outstation

mak I susahnya lah nk dpt parking..maklumla, btolak dr rumah pon dh lewat..dah tahu parking susah..tp still lambat jugak

mmg byk booths tp tak semua best..ada yg hampeh..


for me hanya 2 to 3 booths yg best:

1. Booth tommee tippie -
terus beli 2 biji feeding bottle utk 260 ml tinted bottle - color green..nk amk pink tp tak berani nk tanggung risiko..satu kotak mmg ada 2 botol..sebab murah gila..just
RM 15..kalau kt online shop yg aku hampir nk beli tuh price dia RM 30.90 after less..fuh happy!!Berbaloi - baloi

Sudah survey berbulan2 k..finally choose tommee tippee sebab :

1. closer to nature
2. easi-vent teat mimics the natural flex,
3. movement and softness of a mum's breast,
4. to make switching between breast and bottle easier than ever before.
6. BPA Free
7. Anti Colic
8. Dia ada menang award:
    i. I'm pregnant! Magazine (my best buy)
    ii. Mother&Baby Awards 2006/7 GOLD (kategori best feeding 0-6 months)

    iii. Parenting Awards 2007
    iv. Baby & Pregnancy (reader awards editor's award)

inilah rupanya nyer..260 ml nih utk 9 oz..besar ckit..new born baby tak leh guna lagi..takpa..tunggula baby besar


sebelum ni aku beli di MANJAKU mahal tuh satu biji botol utk
150 ml (5 oz) sampai RM 27.

150 ml (5oz) -yg kecil. comeikan



2. Booth utk Sweet Cherry
Geram pulak bila tgk stroller SCR harga dia seratus lebih camtu..murah tuh..
sib bik kami dh beli stroller sebelum nih..so grab car seat ja since the price quite ok..beza dgn price asal dlm RM 125..so terus grab la..mmg dh lama cari..tp mahal2 la..lgpun kitaorg mencari yg dual function..for baby n also bila baby dah besar..sebab taknak la membazir..car seat nih sesuai utk nb baby hingga 4 tahun..so dapatla something like this :



easier for travelling


3. Booth for baby diapers

sampai2 mv terus serbu ekspo dulu..1st tgk contest untuk mommy to be..
syok jugak layan diorg yg duk jalan atas stage mcm modelling then jawab soklan..
prize dia best2 gak..

Then baru tgk benda2 kt booths tuh..ramainya..sempit perut..
dapat la beli baju bb + toys baby kt 2 booths nih..the price not bad..boleh dibeli la..
juz add baju yg dh dibeli b4 this..dptla 4 psg kt ekspo tuh..

tgk satu booths nih org queue punya pjg..rupanya utk diapers what brand xtau la..org beli berkotak2..murah la tuh..aku x layan..sebab dh beli satu new born diapers..brand ape ntah..lupa lak ..tp ikut brand yg kak pakai utk bb baru dia..then kt jusco MV beli lagi diapers Drypers utk new born which is ada navel care punya criteria..dah lama cari..tp x jumpa..so utk my baby nnti dh standby 2 jenis diapers..kita tgk mana yg best..

Pureen Stock Clearance Promotion :13 – 14 November 2010


13-14/11/2010
I'm very excited nih..mmg dah lama menunggu any warehouse sale berkaitan barangan baby...
nak pergi nak pergi..tapi jauhnya..mana tahu tempat tuh..hubby pulak xder outstation..apa kata pergi jer...or sape sudi nka bawa saya????he3




Products Offered

Baby Diapers

Baby Apparels

Baby Toiletries Baby Accessories

INCO Adult Diapers

Adult Toiletries

Sanitary Pads

Maternity Pads

Brands Offered Pureen Pride ‘N’ Joy

Pureen Basic

Tracia Toiletries

Dr Mist

Time: 10am - 6pm

Terms VISA & MasterCard accepted for purchases above RM150

Location (Tel 603 7628 8888) Summit Company (M) Sdn Bhd

Lot 6 Jalan 19/1

46300 Petaling Jaya

Selangor Darul Ehsan

Malaysia

www.pureen.com.my

Promosi Set Bersalin With FreeGift! (Baby Wipes, Barut dan Bedung)

Tolong promote jap..

Setelah buat survey saya mcm berminat untuk menggunakan Set Bersalin Nona Roguy nih..Mmg agak mahal..tp sepupu saya yg pernah guna produk nih mmg recommend sgt2 kat saya..bayangkan anak dh 4 tp badan slim n maintain..

apa yg saya faham dlm promosi ni mcm takder bengkung..saya sgt perlukan bengkung since this is my 1st confinement. Memangla sepupu kata nak bagi tapi saya rasa better saya ada barang sendiri kan..1st confinement la katakan..

So saya akan survey lagi set bersalin yang lain..maybe saya akan guna produk lain..tgkla..belum buat keputusan..Promosi ni menarik sangat sebab...siap dpt baby wipes (sapu tangan), 1 helai bedung plain and 3 helai barut plain (campur jenis tali dan zap)..mcm best..tp bengkung?

Jadi sape yang berminat jangan lepaskan peluang ini.
Hanya 5 pembeli terawal SAHAJA. dan dalam bulan November 2010




Free Gift


Ini email yang saya dpt daripada permatahati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Noramiza sihat? saya harap Noramiza sekeluarga sihat-sihat selalu...

Saya cuma nak maklumkan tentang promosi terbaru Set Bersalin...

~ Set Herbanika Bersalin NR ~

Produk keluaran Nona Roguy ini memang dikenali sejak bertahun lamanya.
Ramai yang telah mencuba produk ini dan mengakui keberkesanannya. Set
kandungannya mudah dimakan dan diguna terutama bagi yang berpantang
sendiri.

Harga Biasa: RM365.00
Harga PROMOSI: RM345.00
Noramiza jimat sebanyak: RM20.00

Bukan itu sahaja, Noramiza juga akan mendapat hadiah PERCUMA seperti berikut:

1- 2 helai baby wipes (sapu tangan)
2- 1 helai bedung plain
3- 3 helai barut plain (campur jenis tali dan zap)

Walaubagaimanapun, promosi ini TERHAD kepada 5 pembeli terawal SAHAJA
pada bulan November 2010 ini.

Sekiranya Noramiza ingin mengetahui lebih lanjut dan berminat untuk
membeli produk ini dengan harga yang ditawarkan, boleh lah layari web:

http://shop.mypermatahati.com

:28 weeks!!!

MY BABY'S PROGRESS: WEEK 28
Only 12 more weeks to go!
I've become a human-lard-factory! Yes, I've now got myself a baby in the business of fat-collection, which I'll have to tolerate since it's critical to keep my little porker warm and healthy after they're born. Also: their eyes can now blink in response to light and dar...k, and their bone marrow is making red blood cells.


Today is 28 weeks!!

that's mean I'm already 7 months.
. 12weeks to go!!

cepat sungguh masa berlalu..sure rindu time2 preggy nih..yerla..layanan tip top...lgpun masih berdua..
baby dah start tendang2 dengan kuatnya..tp rasanya baby tak la se

opss stop jap..hubby br blk dr Pahang..nk sembang2 jap..Jumaat pergi Johor lak sampai la esok tu nak raya Haji..huhuhu..haila nasib ok..continue...

tapi rasanya baby tak la seaktif mcm baby kawan2 yg lain...biasanya baby aktif bila time mummy tgh makan + after makan..baby suka kut..kenyang...

dah dapat tahu gender after pergi jumpa pak
ar di Klinik Az-Zahara Bandar Baru Bangi last 2 weeks...walau apa - apapun kita tunggu ja baby keluar nanti..insyallah...both of us tak kesah boy or gurl..yg pasti nak sihat n semua2 nya lah mcm doa kat atas tuh

brg baby dah beli ckit2 time 6 bulan haritu..tunggu warehouse sale berjanggut..at last pergi ja serbu kedai baby..set bersalin mummy + breast pump???? tunggu dulu la..mcm awal lagi jer..

member2 kat opis pun dah pesan suruh packing brg2 baby + mummy dlm satu beg standby dlm keta...manatau dah 7 bulan nih..dah boleh beranak katanya...lagipun ada history..husband dulu lahir
time 7 bulan..tp harap sgt lahir time 9 bulan nnti sebab tak puas lagi pregnant nih..boleh gitu?

Tak Tahu Nak Simpan Kat Mana So Tempek di Blog yer

boleh refer time nk besarkan anak nanti ;) So tempek kat cni la yer..

Pembesaran enam tahun kritikal

Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Date : 01.11.2010



PERTUMBUHAN POSITIF...kanak-kanak memerlukan lebih banyak kalsium berbanding orang dewasa.

PROSES tumbesaran kanak-kanak pada usia satu hingga enam tahun adalah fasa yang sangat penting.

Ini kerana pada masa ini, fizikal mereka membesar dengan cepat diikuti perkembangan otak melalui pembentukan pengalaman ketika mereka menggunakan deria sentuhan, bau, rasa, pendengaran dan penglihatan.

Namun proses ini berbeza bagi setiap kanak-kanak bergantung kepada khasiat pemakanan yang diberikan ibu bapa.


Ramai ibu bapa tidak sedar tabiat pemakanan mereka akan turut mempengaruhi corak pemakanan anak-anak. Misalnya ada ibu bapa tidak suka minum susu atau makan sayur-sayuran kerana sudah terbiasa sejak kecil yang mungkin juga dipengaruhi oleh ibu bapa mereka pula.


Jika perkara ini berlaku ibu bapa seharusnya berusaha mengubah tabiat pemakanan kanak-kanak menjadi lebih sihat sehingga mereka dewasa.

Ada pula ibu bapa mula memberhentikan pengambilan susu apabila anak-anak sudah mula memasuki prasekolah kerana beranggapan anak-anak sudah boleh makan pelbagai jenis makanan dan mereka memperoleh khasiat yang mencukupi hanya dengan mengambil makanan saja.

Menurut pakar nutrisi Dutch Lady, Quah Ye Vian, usia satu hingga enam tahun adalah peringkat yang sangat penting bagi kanak-kanak memperoleh khasiat seimbang untuk tumbesaran fizikal dan perkembangan otak mereka.

Pada dua tahun pertama, isi padu otak akan bertambah dengan cepat daripada 400 mililiter kepada 1,100 mililiter, justeru, pada tahap ini ibu harus menyediakan khasiat makanan seimbang yang hanya diperoleh menerusi susu.

“Susu adalah makanan yang kaya nutrien juga sumber vitamin dan mineral yang baik, seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 ), magnesium, fosforus, zink dan kalsium.

“Susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga.

“Kanak-kanak pada peringkat ini memerlukan semua nutrisi ini untuk perkembangan mata, kulit, gigi dan pembinaan 90 peratus bahagian tubuh iaitu tulang,” katanya.

Menurutnya, setiap orang memerlukan kalsium sepanjang hayat namun kanak-kanak memerlukan lebih banyak kalsium setiap unit berat badan berbanding orang dewasa.

Kekurangan kalsium pada awal usia akan menghalang kanak-kanak daripada mencapai ketumpatan tulang maksimum yang boleh meningkatkan risiko penyakit tulang rapuh (osteoporosis).

“Tanda gejala tulang rapuh tidak berlaku ketika kanak-kanak, tetapi akan dialami apabila mereka berusia awal 20-an antaranya sakit gigi, tidak dapat berjalan, sakit sendi, kaki dan badan,” katanya.

Justeru, menurut Quah, pengambilan kalsium yang mencukupi bukan saja diperoleh menerusi susu dan produk tenusu, tetapi pelbagai sumber makanan termasuk ikan sardin, ikan bilis, produk kekacang (misalnya tauhu dan tempe) dan buah-buahan kering seperti kismis, kurma, aprikot dan prun serta sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kailan.

“Kalsium susu paling mudah diserap dan digunakan tubuh badan. Hanya dengan minum dua gelas susu setiap hari boleh membekalkan jumlah kalsium yang diperlukan untuk proses tumbesaran kanak-kanak.

“Selain itu, ketika kanak-kanak membesar, otak mereka akan berkembang dengan cepat, justeru, kanak-kanak memerlukan omega-3 yang mengandungi DHA manakala omega-6 mengandungi AA yang baik untuk perkembangan otak.

“Dengan ini sel otak akan dapat berinteraksi dengan lebih cepat antara satu sama lain dan ini membantu dalam meningkatkan proses pembelajaran mereka,” katanya.

Susu juga mudah dihidangkan sehingga kanak-kanak boleh minum susu pada bila-bila masa saja. Susu boleh diberikan secara terus oleh ibu sama ada di dalam botol, gelas atau boleh dimakan bersama semangkuk bijirin sarapan atau dihidangkan bersama sandwic.

“Bagi kanak-kanak yang sudah bersekolah, ibu bapa boleh membekalkan sekotak susu sedia ada di pasaran sebagai sarapan yang cepat lagi berkhasiat untuk anak sebelum ke tadika. Apabila anak berasa lapar antara waktu makan, minum sekotak susu sudah cukup menjadi penyelamat. “Walaupun susu tidak boleh menggantikan diet yang seimbang, kandungan nutrien lengkap yang terdapat dalam susu boleh membantu anak anda yang tidak berselera makan,” ujarnya.

Ada kajian menunjukkan pengambilan sarapan boleh mempengaruhi tumpuan pembelajaran kanak-kanak. Sarapan membantu perkembangan kognitif terutama sekiranya diet sarapan mengandungi susu yang diperkaya dengan omega-3 dan omega-6 yang boleh memperkuatkan daya ingatan serta tumpuan dalam pembelajaran.

Tambahnya kandungan dan nutrien susu berbeza mengikut peringkat usia anak.
Oleh sebab itu Dutch Lady banyak melakukan kajian mengenai keperluan nutrien mengikut usia kanak-kanak bermula setahun hingga enam tahun dan enam tahun ke atas.

Ada juga kanak-kanak yang tidak berselera makan atau hanya makan sejenis makanan saja. Ini berlaku kerana pada usia dua tahun ke atas biasanya kanak-kanak sudah didedahkan dengan coklat, gula-gula serta minuman berperisa. Kebanyakan kanak-kanak akan memilih makanan sebegini berbanding nasi atau sayur-sayuran kerana rasanya lebih sedap.

Dalam hal ini, Quah menasihati ibu bapa supaya bijak mempelbagaikan jenis makanan bagi memastikan anak mereka mendapat nutrisi mencukupi untuk perkembangan fizikal, tulang dan gigi yang kuat. Jangan memaksa anak sebaliknya didik mereka mengenai kepentingan mendapatkan khasiat makanan seimbang.

Sekiranya anak-anak tidak suka makan sayur mungkin kerana cara penyediaan makanan yang kurang menyelerakan, ibu bapa perlu bijak mempelbagaikan warna makanan. Pilih sayur-sayuran berwarna-warni seperti lobak merah, brokoli, jagung, kacang panjang, labu, kentang serta menggunakan cara memasak yang menjadi kegemaran mereka.

“Mungkin sebagai ibu anda tidak boleh memasak mengikut kemahuan anda, sebaliknya pilih makanan mengikut piramid makanan kemudian sediakan di dalam bekas berwarna dengan hiasan yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk makan.

“Biasanya makanan yang bersifat biasa dan tiada daya penarik akan menyebabkan kanak-kanak jemu untuk menikmatinya,” jelasnya.

Panduan pemakanan sihat untuk keluarga:

1. Pastikan setiap ahli keluarga minum susu dan menyediakan susu sebagai menu makanan harian. Apabila anak-anak melihat, dia tidak mahu ketinggalan kerana semua orang berbuat demikian.

2. Benarkan anak memilih perisa susu yang mereka gemari. Mungkin anak anda lebih gemar minum susu berperisa berbanding susu biasa yang anda sediakan.

3 Hidangkan susu kotak secara sejuk dan susu tepung secara suam.

4. Sebelum minum susu ceritakan khasiat susu kepada anak. sDengan mengetahui kebaikannya, dia tentu lebih gemar minum susu.

5. Gunakan daya kreatif untuk menghidangkan susu sebagai contoh, kisar dengan ais krim untuk menjadikannya lebih lazat.

Kisar bersama buah-buahan atau jus buah-buahan untuk menghasilkan minuman dadih berkhasiat atau dimakan sebagai sarapan bersama bijirin.

6. Pantau pemakanan anak-anak, jangan biarkan anak anda mengambil makanan ringan dan makanan segera terlalu banyak sehingga dia mengabaikan pengambilan susu.

7. Ajar anak mengenai makanan yang patut dibeli di sekolah. Ini menjadikan mereka supaya tidak terikut dengan tabiat pemakanan kawan.

8. Sediakan bekalan berkhasiat kepada anak setiap hari ke sekolah.

9. Ibu harus tahu mengenai piramid makanan seimbang dan menyediakan makanan yang pelbagai dalam kuantiti sederhana dan paling penting seimbang.

10. Biasakan untuk menikmati hidangan makan malam bersama. Ini kerana apabila makan bersama, ia menyebabkan anak-anak akan turut makan dengan penuh selera.
11. Sediakan makanan dengan penuh kasih sayang serta sentiasa berdoa agar anak akan mendapat khasiat daripada makanan yang anda sediakan.

Source : Hmetro