Showing posts with label Masak - Masak Project. Show all posts
Showing posts with label Masak - Masak Project. Show all posts

RESIPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

Teringin sangat nak makan sambal ikan bilis tempoyak nih.. 1st time makan kat opis apabila sorg kawan bawak ke opis..mmg sedap..bakal mak mertua yang bekalkan untuk kawan opis.. So tetiba bila duk rumah teringat..sebab sebelum nih mmg tak pernah makan.. Duk cakap kat hubby..teringin..hubby cakap try tanya mak ka.. last2 tanya mak..mak tau la rupanya..so buatla tadi.. cuma tak cukup bahan..daun kunyit xder..so me ganti dengan serbuk kunyit.. sedap..actaully terpulang pada masing - masing nak kering atau basah ckit..mcm saya suka basah ckit.. So inilah hasilnya...



Bahan-bahannya;

1 cawan ikan bilis
4 sudu besar tempoyak
1 ulas bawangbesar di blend kasar
3 biji cili merah di blend kasar
3 biji cili api di blend kasar (kalau nak pedasnya power ckit tambahla ikut kesukaan)
1 serai di titik/blender
1 helai daun kunyit di koyak koyak..kalau xde daun kunyit guna jer serbuk kunyit
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara-caranya;

Masukkan sedikit minyak sahaja tumis bahan - bahan yang diblend sehingga masak, masukkan ikan bilis, daun kunyit, masak seketika, masukkan tempoyak garam dan gula, angkat. siap!..Walla...


Resipi Rendam Ayam @ Rendang Ayam

Taken by my new luvly camera..kekekekeke

Rendam ayam @ Rendang ayam?


Rendang ayam ni try buat weekend baru2 nih..walaupun tengah ada masalah sakit perut yg kritikal try buat jugak..dgn bantuan mr hubby yg telah mencuci ayam+mengerat2 ayam sampai jd kecik..time nih awatif sangat behave herself..good cayang..pasni mama leh masak2 lagi kan..

Resipi ibuku : Untuk ayam separuh

Bahan A:-
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • RM 1 santan
  • 1 bungkus kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 keping asam gelugor
  • Gula Melaka/Gula putih secukup rasa
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):-
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 8 tangkai cili kering
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Masukkan santan. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.