Solat Duduk

Solat Duduk..skrg klu solat dah kena buat solat duduk..start solat duduk sejak masuk 8 bulan. me ikut cara macam nih..sebab, bila tanya hubby, hubby cakap ikut cara kita yang selesa sebab Allah swt dah tetapkan beberapa jalan yang mudah untuk sembahyang duduk..Allah swt tak akan susahkan kita kecuali dengan dugaan yang Dia bagi tu la..wallahualam..

So me mcm ni la gayanya time sembahyang sekarang..



kacik la gambar..details u can look at here

baru2 nih ade one of my friend tanya boleh eh sembahyang duduk bersila..me buat juuga kadang2 kalau dah tak larat sangat..klu buat yg mcm biasa tuh sakit kaki..time tuh pas makan..

nih ada sedikit source dr sini. Tp nih bukan di Malaysia..Haruslah kucari lagi sumber2..sapa2 ada info boleh la share2 yer

"Keadaan dan cara duduk bagi orang yang tidak berdaya berdiri dalam sembahyang fardhu atau berdaya untuk berdiri dalam sembahyang sunat tetapi melakukannya dengan duduk, tidaklah ditentukan cara dan keadaan duduknya itu. Bahkan adalah memadai dengan kesemua cara dan keadaan duduk itu, akan tetapi makruh dengan duduk iq‘a (bertinggung).

Manakala duduk bagi menggantikan berdiri:

Mengikut qaul yang ashah adalah afdhal duduk dengan keadaan iftirasy (seperti duduk ketika tahiyyah awal) kerana duduk iftirasy itu adalah salah satu duduk ibadat, maka ianya lebih awla (utama).

Sementara qaul yang kedua, afdhal duduk dalam keadaan mutarabbi‘an (duduk bersila). Cara sedemikian ini ialah bagi menggantikan cara sembahyang berdiri, oleh yang demikian hendaklah dibezakan duduk menggantikan berdiri itu daripada duduk-duduk yang lainnya iaitu duduk dengan bersila.

Adapun cara duduk ketika hendak melakukan tahiyyah awal, tahiyyah akhir dan duduk antara dua sujud dalam sembahyang duduk, adalah afdhal dan sunat dilakukan dengan duduk yang sama sebagaimana sembahyang orang sihat. Iaitu duduk tawarruk bagi tahiyyah akhir dan duduk iftirasy bagi duduk antara dua sujud dan tahiyyah awal."

me..tahiyyah awal, tahiyyah akhir dan duduk antara dua sujud still kaki dlm bentuk yg sama sebab susah nk tukar.

No comments: