Persediaan....
mesti yg 1st time nih akan tercari - cari..but me yg 2nd nih pun masih tercari - cari..sebab skrg nih byk sgt info..ade yg kate kena perkenalkan bayi 6 bulan dengan puree terlebih dahulu...klu ikut zaman - zaman mak kita dulu xder la puree bagai..terus bubur nasik + any vege + blend..
So for me agak confuse..mmg x refer pakar pun sbb checkup anak di klinik kerajaan. Biasa jumpa nurse sahaja utk checkup..
Untuk anak 1st dulu mmg x bg puree pon..terus bubur nasi yang dimask dgn sayur..then blend..then x ingat bpe bulan br perkenalkan bubur mix dgn ayam + ikan + daging..ayam pon lewat2 ckit sebab anak eczema.
so yg second nih pon sama..x bg pon puree..terus bubur nasi + sayur + blend.. baby pon dh 7 bulan..dh ade gigi bawah 2 batang ;)
Haritu ade gak google + n dpt info dr group di FB..hmm mcm2la....
tp now byk ibu - ibu mulakan dgn puree time baby 6 bulan..
dapatla gambar nih..tp me tak ikut pun..huhuhu

Kalau
ikut schedule ni ade rules tu..hihi..to mmg betul pon rules tu..barula kita
boleh detect alergic baby..
Apa-
apa pun kita kena refer pakar.
ok
dr sumber yg saya google jugak..
Sebelum
nak bagi baby solid food ada beberapa tips :-
1)
Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk
belajar makan makanan pejal
2)
Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik,
puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus)
yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak
terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree,
jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya)
-Puree
Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan
dgn susu ibu untuk mengurangkan sifat likat dan melekitnya.
-Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple
besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu ibu selepas dikisar.
-Puree
Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia
tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu
**
Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk
diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple
dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi**
3)
Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang,
keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan
gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini (ginjal bayi masih belum matang
untuk memproses Natrium (garam)
4)
Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur
juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas
(seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu,
puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.
-Puree
Kentang: sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang
menggunakan chopper dan semestinya, di campur dengan susu ibu. (susu ibulah
GULAnya)
-Puree
Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat.
campurkan bersama susu ibu.
5)
Ibu-ibu hendaklah berikan bayi mencuba setiap resepi yang anda buat. Jika anak
menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jgn dipaksa bayi
untuk terima. Cuba tackle dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga
mempunyai deria rasa – mungkin maknye juga tersalah masak (maklumlah
anak pertama, hehehe)
6)
Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi
mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu
ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang
pekat) – bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan
makanan. Maksud saya,bayi sudah boleh menerima makanan. Jangan juga paksa anak untuk
habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam
tangannya. so, tak boleh expect baby makan satu mangkuk
besar. apabila bayi sudah meningkat
kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu ibu dan sayur serta ikan
bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.
7)
Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4
day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal,
teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun
allergi kepada bayi anda. Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi
serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika
bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari
selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman. Anda boleh
pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan
gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari,
maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga
anak besar sedikit. Jika ok, teruskan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tips
makanan apa yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada anak
anda (1st solid food- 6-7 months). Ianya adalah:
Telur
(terutamanya telur putih), – mengandungi bakteria salmonella
susu
lembu/dairy products
makanan
laut
kekacang
citrus
food (cth : oren, anggur, lemon)
yeast,
cheese (keju)
MADU
(dilarang sama sekali – ianya bertoksin)
**
saya ingin kupas sedikit tentang MADU. mmg manis, sedap tetapi ketahuilah ianya
berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora
botulism (clostridium botulinum) yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus
menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. **Jadi, saya minta ibu2
tidak memberi madu sebagai makanan ‘belah mulut’ bayi atau untuk apa2 majlis
sebelum majlis hari jadi pertamanya. **
Credit
: sarakids.com
1 comment:
tq for sharing
Post a Comment