Transformasi Ekonomi Bumiputera

Hai Org Bumiputera..

Adakah kamu alert berkaitan title di atas..
kena alert..sebab kita rakyat malaysia..Tanah Melayu..

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hujung minggu lalu semasa Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 menunjukkan beliau telah meminggirkan MEB.

hais..jgn salah anggapan...baca dulu..
semua ni utk bumiputera..

Secara formalnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1970 sudah tiada selepas tahun 1990, ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Ia digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan kemudian, Datuk Seri Najib Razak menukarnya sekali lagi setelah Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga di Parlimen pada PRU ke-12, menjadi Model Ekonomi Baru (MEB) pada tahun 2010. Malah dizaman Najib juga, MEB disertai dengan Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programe (ETP).
Intipati kepada ketiga-tiga dasar ini tetap sama sungguhpun namanya berbeza.


Ada yang bertanyakan perkara ini dengan rakan-rakan dari kaum Cina. Adakah beliau merasa tidak selesa dengan DEB atau DPN atau MEB? Jawabnya secara umum, tidak. Mereka sama sekali tidak merasa risau atau bimbang atau terganggu dengan agenda DEB, DPN atau MEB kerana beliau mengakui bahawa dasar tersebut punya sebab yang boleh diterima.

Najib telah mengumumkan langkah untuk memperkasa ekonomi bumiputera dalam bentuk dana dan latihan yang akan disalur dan digerakan menerusi pelbagai agensi seperti TEKUN, IKBN, JPA, MARA, UiTM, Yayasan Wakaf Malaysia dan banyak lagi, yang menelan belanja ratusan juta ringgit.

Diharap apa yang dirancang, berjaya dilaksanakan ;) Insyallah..
Malaysiaku Tumpah Darahku


No comments: