Bagaimana saya boleh mengepam susu badan dengan baik di tempat kerja?

Anda akan memerlukan:

• satu pam – pam elektrik berbentuk dua adalah yang paling efisien tetapi harganya mahal (ramai wanita juga selesa menggunakan pam tangan);

botol susu;

• akses kepada peti sejuk atau kotak sejuk;

• lapit buah dada.

Elok sekiranya anda mula mengepam susu badan di rumah sebelum kembali bekerja selepas bersalin. Ini ialah supaya anda tahu apa yang sebenarnya akan berlaku dan dapat membiasakan diri dengan sensasi aneh apabila dua sarung pam ditekan pada buah dada anda. Anda harus mengepam sama kerap seperti kekerapan bayi menyusu sebab anda boleh menyimpan susu itu dalam peti sejuk sebagai bekalan. Sekiranya anda mengepam secara kerap tanpa mengikut jadual menyusu, anda akan mendapat sedikit susu sahaja berbanding dengan mengepam pada waktu menyusu penuh; walau bagaimanapun, jika anda mengepam semasa waktu bukan menyusu dan di samping itu menyusukan bayi pada masa yang sama, anda akan menghasilkan susu berlebihan dan akan berasa tidak selesa. Bila anda baru mula mengepam, anda mungkin dapat mengumpulkan sedikit susu sahaja, tetapi tidak lama nanti, anda akan mendapat beberapa auns setiap kali mengepam selama 15 hingga 20 minit.

Secara idealnya, anda perlu mempunyai akses ke sebuah bilik persendirian di tempat kerja, seperti bilik pejabat yang tidak digunakan atau bilik persidangan atau bilik stor yang besar dan bersih yang lengkap dengan kerusi, meja dan poin kuasa. Minta staf sumber manusia untuk mencadangkan tempat sesuai dan cuba dapatkan sokongan rakan sekerja atau pengurus anda. Jika terdapat permintaan lain (mungkin seorang lagi ibu yang menyusukan), anda boleh meminta disediakan bilik ibu-ibu susu di pejabat. Senario paling teruk ialah apabila anda perlu mengepam di kubikel bilik air. Pakar BabyCenter Jennifer Hor mencadangkan supaya anda hanya melakukannya untuk mengurangkan kebengkakan. Melihat keadaan (lazimnya) kurang ideal bilik-bilik air di Malaysia, susu yang dipam perlu dibuang sahaja.

9 comments:

aZZa said...

dekat ofis nora dah pernah ada staff mengepam x?

Afira said...

dekat opis nora nih tengok ada sorg mengepam..tp pakai yg manual..

tp klu dgr stroy husband NOra, kawan2 opis dia mmg extremely mengepam..ikut masa wpon buzy..husband kata kena disiplin..hu3..aiyak..

Azza mengepam tak dulu?

deeya said...

ermm byk jugak benda nak kena wat and tau sblm jadik ibu nie kan?....huhu bgs knora tulis kat blog..leh org lain wat rujukan...

Afira said...

deeya : ha ah la noni..tulah..byk benda sebenarnya..kak nora pun tengah cedok ckit2 ilmu dr kawan2 yg dah experience..yg syok nih kawan2 byk gak share..syiok!!!suka bc blog umi, aza, lili n etc sbb leh cedok ilmu lagik..

tp bila pk balik nih, mmg byk pengorbanan ibu + ayah kena buat utk anak nih..kak nora takut pun ada..takut x dapat nk didik anak dengan baik..plg mencabar nanti adalah MASA..hu3

aZZa said...

masa kat scan dulu mmg mengepam. kebetulan akak2 kt mampu tu pun mengepam. ada geng mengepam kat surau.

lepas masuk MOF.. huhu agak haru skit la sbb kat surau xde plug. lepas dah 2 bulan baru tau akak kt ofis ni pam kat cubicle je. kena pandai2 cover. nasib cubicle kite ni kat hujung. so leh cover. pakai kot sume. sambil pam sambil buat keje.

skg ada ofismate terpaksa pam and cubicle pulak kat laluan org lalu lalang. so far takde prob kecuali tibe2 je ada anak buah lelaki dtg cari dia kena cover or bgtau la tgh busy.

byk gak cabaran tp kena tempuh jugak.chaiyokk..

Anonymous said...

kt komtar ada ramai gak org mengamalkan bnd2 nih...siap ada event untuk susu ibu...mcm2 yg diaorg ajar..bg mengalakkan penyusuan susu ibu..hi3

Afira said...

Azza: bestnya klu sesi mengepam nih ada geng..x la boring kan..lagipun semangat ckit..kat unit Nora nih, Nora sorg ja preggy..unit lain ada gak bulan yg sama due ngn Nora..tp diorg kt bawah..Nora kata atas..hu3..

Kat cni dlm surau ada plug..sib bik..
pasni Nora akan move kat bilik baru..sementara pegawai len masuk, nora duk sorg..so leh la buat pumping session dengan senang hati..cuma nora takut semangat nora ja down..hangat2 tahi ayam..

tq ya bagi semangat..jom lah kita berpumping session aama2..he3..sebelah2 ja opis..tp boleh tahan gak nak jalan

Afira said...

Bestnya duk kat KOMTAR-SUK dulu sebab byk aktiviti menarik..aktif..selalu ja dpt join bengkel2..nih mcm menyusu ni lagi la baguih..hu3..kat cni xdak la semua2 tuh..hu3..jeles I

Anonymous said...

jom balik penang!!..he3