HB - Kaitannya dengan ku?

hmmm baru ku tahu kenapa HB ku turun last check up..setelah membuat research, rasenya sebab itu...kurang zat la...malas lagi makan ubat

1. Last check up HB turun
- HB turun sebab kurang zat besi...memang...2 minggu cuti time raya tuh kan bz...bz bercuti ke sana ke sini..raya sana..raya sini...so aku x mkn ubat selamat 2 minggu..(ubat yg penting asid folic + zat besi)....menyesalnya...bukannya apa..kesian kat babyla...hope my baby sihat...huhuhu..tak sabar nk pergi buat scan kat Az-Zahara BB Bangi.. Nasib baik la di awal pregnant aku tak tinggal sangat Asid Folic..Kekadang aku makan kurma lagi sebab kurma kan ada asid folic..

2. Berat badan naik mendadak...fuh


OBIMIN
Kandungan di dalam OBIMIN...

Information:
Each film tablet contains :
Vitamin A : 3,000 USP units,
Vitamin D : 400 USP units
Vitamin C : 100 mg
Vitamin B1 : 10 mg
Vitamin B2 : 2.5 mg
Vitamin B6 : 15 mg
Vitamin B12 : 4 mcg
Nicinamide : 20 mg
Calcium Panothenale : 7.5 mg
Folic Acid : 1 mg
Ferrous Fumarate : 90 mg
Calcium Lactate 250 mg
Copper : 100 mcg
Iodine : 100mcg.

Source : di sini

Kenapa obimin penting? Kerana di dalam obimin tersebut mengandungi khasiat dan vitamin yang lengkap untuk ibu-ibu mengandung yang dikumpulkan dalam satu tablet je. :)

perbezaaan obimin dengan asid folik? Asid folik (folic acid) merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia. Asid folik ini penting untuk pembentukan saraf2 bayi. So, kalau amik asid folik, sebab tu di klinik kerajaan akan bekalkan pil-pil lain. Sebagai tambahan sebab asid folik sahaja tidak mencukupi. Manakala obimin pula merangkumi kesemua vitamin yang diperlukan hanya dalam 1 tablet. Asid folik, iron, vitamin C semuanya terdapat dalam 1 kapsul yang dinamakan obimin. :)

ASID FOLIC

Asid Folik ni untuk memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi seiring dengan pembesarannya. Asid folik ni penting untuk perkembangan saraf, pembinaan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi kita semasa dalam kandungan. Ada kajian yang menyatakan, dengan memakan asid folik, dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan pada saraf tunjang dan tempurung kepala atau dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD. Asid folik ini juga elok di makan sebelum kita pregnant lagi. Mana-mana pasangan yang plan nak pregnant, doktor mesti akan beri asid folik pada pasangan itu. Apatah lagi kalau dah pregnant.

Source : adrinis


Sekarang suka cari maklumat/info2 yang berkaitan dengan pregnancy sebab dah mula risau..baru nak sedar yer..

Baru2 ni hubby pulun jer beli hati, buah belimbing and jambu batu..aku n hubby makan sungguh semua tuh..kecuali hati...I kureng la...

Sekarang saya dah rajin makan ubat sebab saya dah mula makan OBIMIN..so satu tablet sajer..

No comments: