Sila Jangan Jeles

Alhamdulillah...esok dh jumaat..

Tetiba rindu kat 2 org budak tu..hope semuanya baik di skool..
Hope Allah SWT permudahkan kami sekeluarga..esp anak2 ku..

Minggu yang best dari segi kerja..hik hik..x kalut sangat..
Byk kpd review Minutes Of Meeting (MOM) and comments 
if ade yg x berkenan..nape la minit diorg mcm dialog...kesian betul

Tapi.....
Bermula next week..dari Isnin till Wednesday...sob sob...
dah catit kat kalendar..takut lupa

Alahai..nmpknya tak dapatla pergi kursus 2 hari 10 & 11 hb..

Isnin : 
Miting Portal...huhu..sebab ade kaitan dgn Knowledge Bank (KB)

Selasa:
Miting KB Status Development

Rabu :
Miting G_T & Front End S_K & A_O..

Khamis & Jumaat so far so good..

Alhamdulillah..dipermudahkan..biasalah..kadang2 Allah swt bg kesusahan sbb nk kita
beringat..kesenangan pun kena la beringat..

Alhamdulillah..byk ilmu baru & software baru yg dpt dipelajari bila dh involve 50% utk projek ni..
Dulu di kementerian lama, mmg pernah kena handle projek utk totally change from Client server Technology  (Current System) to Web Based System..tp projek tu x besar mcm ni..tupon mcm nk pengsan..

Yg best di sini, untuk project ni x perlu lead..ikut ke arahan my 3rd boss..byknya bossku 

Korang biasa dengar kalimah ni kan??
Biasanya me baca doa nih bila time nak bersalin..semoga dipermudahkan untuk bersalin
Rupanya banyak rahsia drpd doa ini.. 

Menurut Ustaz Kazim: Untuk hilangkan segala kesusahan


Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin


“La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin.”
bermaksud “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
 

Ketika kita ditimpa musibah atau dalam keadaan diuji, kita diajarkan untuk membaca apa yang dibaca oleh Nabi Yunus a.h.. Lalu kita pun melafazkannya.


Berikut adalah RAHSIA disebalik DOA Nabi Yunus :

Rahsia 1:
Rahsia pertama, perhatikan bahawa doa ini dibuka dengan kalimah tauhid “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Kalimah tauhid tidak sekadar bermaksud tiada tuhan yang berhak aku sembah melainkan Allah, tetapi dalam konteks ini juga bermaksud tiada tuhan yang patut aku mengadu, mengharapkan keampunan dan menghajatkan keselamatan melainkan Allah. Pembukaan seperti ini membuktikan kemantapan dan ketulenan tauhid Nabi Yunus di mana beliau tidak mengadu, merungut dan berharap kepada sesiapa dan apa jua melainkan kepada Allah sahaja.
Ini merupakan manhaj para Rasul dan Nabi yang mesti kita ikuti.
Perhatikan – sebagai contoh lain – sikap Nabi Ayyub ketika beliau ditimpa penyakit. Beliau tidak mengadu kepada para doktor atau selainnya, tetapi mengadu kepada Allah sahaja: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.” [al-Anbiya 21:83]
 
Rahsia 2:
Seterusnya Nabi Yunus mengucapkan “Maha Suci Engkau (ya Allah)”, bererti mensucikan Allah dari sebarang bentuk kezaliman atau penganiayaan. Lebih mendalam, Nabi Yunus menyucikan Allah bahawa apa yang menimpanya saat itu (ditelan oleh ikan paus) bukanlah merupakan satu bentuk penganiayaan oleh Allah ke atas dirinya.
Penyucian ini penting ditegaskan kerana kadangkala apabila ditimpa kesusahan, kita marah atau menyalahkan Allah. Malah kita menuduh Allah sebagai konon sengaja menganiaya diri kita. Maha Suci Allah dari menganiaya manusia, tetapi manusialah yang menganiaya diri mereka sendiri: “Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” [al-Nahl 16:118]
 
Rahsia 3:
Tanpa keberatan, tanpa alasan yang berlapik-lapik, Nabi Yunus terus mengaku kesalahannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” Nabi Yunus tidak terus meminta ampun kepada Allah, sebaliknya memilih cara yang lebih lembut, beradab lagi merendah diri, yakni dengan mengakui kesalahan dirinya sendiri.
Selain itu Nabi Yunus sedar bahawa kesusahan yang menimpanya saat itu, iaitu ditelan oleh ikan paus, merupakan kesan dari kesalahan dirinya sendiri yang melarikan diri dari tugas dakwah yang Allah amanahkan kepadanya. Merupakan sesuatu yang sedia dimaklumi bahawa salah satu faktor seseorang itu ditimpa kesusahan dan kesulitan ialah kerana dosa-dosa hasil dari kesalahan yang pernah dia lakukan sendiri. Allah menyatakan hakikat ini:
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” [al-Shura 42:30]

Sumber : Hafiz Firdaus.Com>>Rahsia Doa Nabi Yunus




p/s: Ingatkan diri sendiri ..:(
Afira (^_^)






No comments: