Zakat

Zakat..Tajuk entry kali ini..
Why pulak tetiba update pasal zakat?
Bersamaan dgn hujung tahun nih la..
Biasanya hujung tahun nih me bayar "zakat pendapatan"..
Coz tak buat mll potongan gaji..dh ambil borang..tp asyik terlupa..
So kena byr sekaligus la berdasarkan pengiraannya..

Actually me confuse, zakat pendapatan nih wajib atau tidak..ada sesetengah kata wajib..ade sesetengah kata tidak jika tidak mampu..klu fikir logik ya la kan..
Tapi hubby and family menegaskan untuk byr zakat..
So me bayar la..takut dituntut..and mungkin boleh kurangkan dosa..hanya Allah swt yg Maha Mengetahui..

So korang jgn lupa klik banner di atas untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan zakat..

Jom kita kupas pasal zakat nih..me baca refer laman web Pusat Pengutan Zakat

**Mengapa Wajib Membayar Zakat


Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah

**Syarat Wajib Zakat :
1) Islam
2) Merdeka
3) Milik Sempurna
4) Cukup Nisab
5) Cukup Haul
6) Niat untuk berniaga ( Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja) 

**Jenis Zakat :








** Zakat Pendapatan :


Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat al-Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.

**Takrif Zakat Gaji dan Pendapatan


Zakat Gaji dan Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.

Terdapat dua kaedah mengira zakat pendapatan iaitu:

RM RM
Cara 1 Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% (jika melebihi nisab)
Contoh: RM30,000.00 x 2.5% 750
Cara 2 Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5% (setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan)
Contoh:
A. PENDAPATAN dari sumber seperti elaun, bonus, dividen yang diterima (setahun) 30,000
B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)
1. Diri 8,000
2. Isteri 3,000
3. Anak 4 orang x RM1,000 4,000
4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 A * 12) 1,200
5. KWSP (contoh: 11%) 3,300
6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji) 900
Jumlah Tolakan 20,400
C. PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT (A - B) 9,600
D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (kerana C lebih dari nisab) RM9,600 A— 2.5% 240
E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN (RM240 A/12 bulan) 20


Me..sebelum bayar zakat..me akan try tafsir dulu zakat..dah boleh tafsir online : Klik SINI.

Nanti sistem kira..

Time nih..kina tgk penyata gaji.. Tgk2 la Pendapatan Kasar (setahun)..Alahai..tak boleh masuk pula sistem..so me x boleh tafsir lagi..

Dulu me pergi kaunter..now nk byr online pun boleh..Tapi x pernah la buat byr online ;)
So Wallahualam..terpulang pada pendapat masing - masing ya

Me pun hubby yang byk bg galakan dan info seterusnya membantu diriku ;)






No comments: