Movie Time With Kids - Frozen: Anna & Permaisuri Salji

Last Saturday..Tgk movie..selalu tgk dgn papa saja..so kali ni bawa Arif yg 10 bln n kakak Awatif..

Mcm mn boleh tgk movie nih?
Mulanya begini..memandangkan ada sorg anak sedara yg skrg saja tinggal ngn aku dlm masa 2 minggu nih..
Abg Ipaq and kakak aku pon booking la ticket wayang nih..last week pon diorg dh tgk wayang..kakak n abg ipaq mmg rajin bw anak2 tgk wayang..budak2 tu pon duk senyap n mmg layan cartton..Diorg ajak kami satu family..aku refused sebab risau gak nak bawa si Arif..kang buat hal..apa pon x jadi..hahaha

Tetiba diorg whatsup pulak jumaat mlm tu..kata dh beli tiket..untuk anaksedara nih, satu family diorg..my hubby..hubby kena teman Awatif la..Coz diorg nak expose Awatif utk tgk wayang..Tapi Mr hubby x boleh p sebab dh appoinment utk servis keta..last2 aku yg kena p la..bawa Arif sama..juga Awatif..

Alhamdulillah.Awatif layan n suka sangat (Last bw time Awatif 8 bulan - tgk Ombak Rindu..haha)
Tapi Arif mula nya ok..tgk ja org n cartoon tu..tetiba dia dh start..mengantuk n lapr la tu..aku dh cuak la..last2 aku BF..dia xnak...duk meragam..try lg sakali BF..hmmm trus.lena samapi habis..senang sangat ;) Alhamdulillah

Best gak movie nih..aku boleh bg 5 stars...

Filem animasi nih terbitan Walt Disney Animation Studio.
Secara umumnya, filem asal Frozen diterbitkan dalam versi Bahasa Inggeris, tetapi Malaysia menjadi salah sebuah negara yang bertuah kerana filem animasi berkenaan  ditayangkan dalam dua versi serentak, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pada 28 November 2013.

Menariknya, filem yang dibawakan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, Malaysia (Disney) ini telah memilih dua pelakon popular untuk proses alih suara iaitu Liyana Jasmay (Puteri Anna), Marsha Milan Londoh (Puteri Elsa) dan Ray Era FM (Olaf).

Lagu - lagu dlm filem nih pun best..sedap ja didengar

nih tiket kami





Watak Olaf yang lucu dibawakan oleh Ray


 



 

No comments: