Puri Avocado

Hmmm…Sedapnya Puri Avocado

Menghidangkan resipi berbeza untuk bayi memang digalakkan. Ia memberi peluang kepadanya untuk belajar pelbagai perasa baru dalam hidup. Avocado memang terkenal banyak khasiat dan menyediakan puri avocado yang berprotein tinggi sangat mudah sekali. Bayi anda pasti menyukainya.

Avocado sebagai salah satu sumber makanan yang boleh mengurangkan gejala penyakit asma, mencegah daripada kesan berbahaya pencemaran, menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, meningkatkan penyerapan zat besi dan meningkatkan imuniti.

Bahan-bahannya :

1 biji buah avocado masak

Cara membuatnya :

1. Potong dan keluarkan isi avocado.
2. Masukkan isi avocado dalam mangkuk dan lecek dengan garpu sehingga betul-betul lumat.
3. Masukkan isi avocado yang lumat ke dalam ice tray dan letk di bahagian dingin beku untuk tahan lama.
4. Avocado tidak perlu dipanaskan sebelum diberi kepada bayi. Hanya keluarkan seketul dari ice tray dan campurkan dalam bubur bayi atau potong kecil-kecil dan suap bayi seperti makan ais krim.

Tip

*Biasanya avocado yang dibeli dari pasaraya belum cukup masak untuk dibuat puri - hijau muda/tua, keras.

*Simpan Avocado dalam bakul, terdedah dengan udara di dalam suhu bilik supaya avocado boleh masak dalam masa satu hingga tiga hari. Avocado tidak akan masak jika disimpan dalam peti sejuk.

*Tanda-tanda avocado masak - kulit berwarna perang keseluruhannya, lembik bila ditekan. Awas: Jika lebih dari tiga hari di luar peti sejuk, kemungkinan besar avocado menjadi busuk.

*Isi avocado yang betul-betul masak adalah bertekstur lembut dan berkrim. Baunya memang seperti daun dan rasanya seperti mentega kelat.


Source : Buku Resepi Online Ku

No comments: