Review Filem World War Z


Released date : 21 June 2013

Hari ni rasa nak shared movie yang aku baru tengok..
World War Z? Why ade Z? Sebab Z for Zombi kut..

Sinopsis?

Cerita nih ade yang mendebarkan dan seram..buat jantung dup dap dup dap..sampai terketar2 aku sebab sejuk+takut yang mendebarkan. Ade yang mengusik perasaan dan ade jugak menyentuh sensitiviti untuk part di tembok Israel. Suka sangat dengan part yang menyentuh kekeluargaan.. Family is first ;)

Cerita ni macam cerita zombie sebelum-sebelum ni jugak. Cuma grafik dan jalan cerita lebih kemas. So dalam cerita ni Brad Pitt akan meninggalkan keluarganya untuk mencari penawar kepada zombie, serta penyebab berlakunya wabak ni. 

Zombie ni cuma bangun dan sedar and tertarik pada bunyi. Kalau tiada rangsangan dia slow jer..duduk diam2..zombie kali nih x kira mlm atau siang dia ade jer selagi dia tidak sedar akan kehadiran manusia biasa.  Lagi part yang agak menarik, Zombie ni tidak tertarik kepada manusia yang ada jangkitan atau berpenyakit. So dia just ignore (dia macam tak nampak) orang yang ada penyakit mcam SARS, H1N1 and so on.

Review?

Secara ringkasnya, cerita ni tentang kehidupan satu keluarga yang hidup ceria di kota New York dan tetiba dikejutkan dengan suasana yang kacau-bilau. Lakonan Brad Pit (sebagai ayah kpd dua org anak perempuan dan ade sorg wife) memegang watak sebagai Gerry merupakan bekas agensi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

Pihak UN meminta jasa Gerry untuk kembali berkhidmat untuk membuat siasatan atas kes yang berlaku. Pada mulanya Gerry menolak untuk membantu pihak UN untuk membantu mereka menyelesaikan masalah tsbt sebab dia tak nak tinggalkan family. Akhirnya dia akur untuk pergi memandangkan tempat di atas kapal tersebut hanyalah untuk org2 yang penting utk kes tersebut. Kononnya org yang berkepentingan saje la.. Kalau tidak seluruh ahli keluarga Gerry perlu meninggalkan kapal itu dan di letakkan di bahagian darat. 

Dia pergi bersama seorang pakar vaksin untuk menyahkan virus yang dah merebak ke seluruh dunia. Mulanya Gerry di tugaskan untuk ke Korea bagi mendapatkan bahan untuk mencipta satu vaksin. Malangnya, sampai di lokasi, pakar vaksin tersebut mati tertembak diri sendiri akibat panik bila nampak kedatangan zombi ketika mendarat di lapangan terbang Korea.

Pihak UN juga ada menyatakan pada Gerry, jika ingin bantu keluarga kenapa tidak cuba bantu untuk selesaikan masalah secara meluas (negara). Pengajaran : kita kena perlu berfikir secara meluas, jangan terlalu kolot memikirkan masalah sendiri. 

Gerry berkenalan dengan orang-orang di sana sehingga jumpa sedikit demi sedikit maklumat untuk mengetahui lebih mendalam tentang virus tersebut.

Apa yang best dengan movie ni, bagi pandangan saya adalah dari segi grafik untuk cerita ini memang sangat baik. Boleh buat kita terfikir bagaimana pihak-pihak penerbit mencipta cerita seperti ini. Sebabnya, kalau ikutkan cerita-cerita zombi yang lain, sangat berbeza dengan cerita ini.

Di mana, World War Z penuh dengan zombi yang ganas-ganas sehingga aksi dalam cerita ini boleh nampak zombi-zombi dia bukan calang-calang zombi yang pernah kita tengok sebelum ini.

Part  peningkatan nilai harga diri, cerita ini tekankan pesanan bahawa apabila kita berdepan sesuatu masalah, jangan mudah putus asa. Sebaliknya, apabila kita masih lagi mampu lawan, teruskan lawan. Selain itu, cuba untuk bantu antara satu sama lain. cyaiyok cyaiyok!!

2 comments:

sharahgorgeous.blogspot.com said...

Macam best jer Cik Nora....nak ajak hubby tengok jugak ler

sharahgorgeous.blogspot.com said...

Macam best jer Cik Nora...nak ajak hubby pi tengok gak lerrrr