5 Hos Red Carpet Anugerah Blokbuster

  Nak tengok Nak tengok.......

Inilah 5 Hos Red Carpet Anugerah Blokbuster

KUALA LUMPUR, 3 OKTOBER 2012:

 Pertama kali dianjurkan, Anugerah Blokbuster yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 6 Oktober ini, bakal menampilan lima teraju utama bagi segmen permaidani merah acara berkenaan.
Lima teraju berkenaan ialah pelakon popular Scha Al-Yahya; penyampai radio Era FM, Haniff; bekas Miss Malaysia World 2009, Thanuja Ananthan dan juara rancangan On Air, Hafizul Ahmad Kamal.
Tidak ketinggalan juga, Detektif Stailista, Ayie Ali yang semakin dikenali menerusi segmen Stailista di program Propaganza yang diberi penghormatan buat pertama kalinya mengemudi slot paling dinanti-nantikan untuk malam penuh gilang-gemilang berkenaan.
Bakal disiarkan secara langsung pada jam 8.30 malam di Astro Ria (saluran 104), segmen selama 30 minit itu akan menyaksikan kesemua lima pengacara menemuramah selebriti popular tanah air untuk bercerita tentang pakaian serta penampilan masing-masing.
Penerbit segmen karpet merah Anugerah Blokbuster, Firdaus Mahadi berkata, ini adalah pertama kali pihak Astro menyenaraikan lima pengacara permaidani merah untuk menampilkan kelainan serta warna-warni acara berkenaan.
"Sesuai dengan tema Anugerah Blokbuster, kelima-lima hos ini dipilih bagi memberi limpahan warna agar acara lebih ceria, berbeza, muda, funky dan tidak terlalu classy seperti mana kebanyakan segmen permaidani merah pada anugerah lain.
"Apa yang lebih istimewa juga, permaidani yang akan dihamparkan pada malam berkenaan bukan merah seperti biasa tetapi bewarna pelangi untuk diserasikan dengan warna tema anugerah ini," katanya.
Tambah Firdaus, sebanyak tiga lokasi temuramah akan disediakan khusus untuk segmen berkenaan iaitu di pintu masuk permaidani merah, di tengah-tengah laluan dan akhirnya di pintu masuk stadium berkenaan.
Katanya, berbeza dengan acara permaidani merah yang lain, pihaknya memberi ruang untuk setiap fesyen selebriti diperhatikan dan diperkatakan secara langsung yang akan dikendalikan Ayie Ali sepanjang segmen itu berlangsung.
Jadi jangan lupa untuk memastikan temujanji anda untuk menyaksikan segmen secara langsung permaidani merah Anugerah Blokbuster yang akan disiarkan tepat jam 8.30 malam di Astro Ria (salauran 104) pada 6 Oktober ini.

Twitter: @Stailista
Instagram: Stailista

Source : Murai.com

1 comment:

dalisha said...

nadia nissa pun dicalonkan dalam anugerah blokbuster nih