Teknologi Galaxy Note 10.1 serendah RM699

pix_gal0
AHLI Maxis One Club (MOC) berpeluang menikmati tawaran menarik yang disediakan Maxis Berhad menerusi produk Samsung Galaxy Note 10.1 pada harga serendah RM699.

Pada masa sama, tawaran yang dibuka sehingga 30 September ini turut dilengkapi dengan pemberian akaun Loker percuma pada ruang simpanan awan peribadi sehingga 25GB.
Kepada pelanggan yang masih belum mengenali produk Loker Maxis, ia adalah ruang simpanan dan boleh diakses bagi kesemua kandungan digital menerusi produk dikenali Maxis Cloud.

Bagi Samsung Galaxy Note 10.1, ahli MOC berpeluang menikmati pakej tawaran serendah RM699 tanpa bayaran pendahuluan dikenakan.

Tawaran ini juga disediakan dengan pakej data RM128 yang dilengkapi 6GB dan nilai tempoh masa bercakap RM30 untuk kontrak 24 bulan.

Sementara itu, ahli MOC juga boleh mendapatkan Samsung Galaxy Note 10.1 pada harga RM999 dengan pakej data RM98 yang dilengkapi 3GB dan nilai tempoh masa bercakap RM30 untuk kontrak 24 bulan.

“Di Maxis, kami menghargai kesetiaan pelanggan dan memastikan ahli MOC diberikan keutamaan khususnya apabila terdapat tawaran menarik.
“Tawaran terbaru itu adalah susulan kejayaan pakej telefon pintar yang menggalakkan. Kini, program yang disediakan menerusi produk tablet Samsung bertujuan menghargai pelanggan dengan memberi ganjaran berterusan susulan pengenalan program MOC sejak 10 tahun lalu,” kata Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, Suren J Amarasekera di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebagai penyedia perkhidmatan rangkaian terbesar di Malaysia, Maxis melaburkan RM3.7 bilion untuk tempoh tiga tahun lalu.

Pelaburan modal yang diperuntukkan itu bertujuan menyediakan capaian liputan sebanyak 95 peratus bagi 2G manakala 81 peratus untuk 3G berkelajuan tinggi.

Selain itu, 3,400 daripada 5,200 tapak Maxis 3G turut dilengkapi keupayaan 42Mbps serta pelancaran LTE yang cekap.

Untuk maklumat lanjut bagi pakej terbaru itu serta kelayakan keahlian, sila hubungi 1 800 82 1123.

Source : Berita Harian 26-Sept-2012

No comments: