source :Pak cik yahoo
10 Apr punye ceta..heheheh
10 Apr
– Ganjaran wang tunai sebanyak RM100,000 bakal diberikan kepada sesiapa
sahaja yang mempunyai bukti yang kukuh dan sahih mengatakan Datuk
Khalid (Datuk K ) telah berkahwin lain oleh adik kepada Datuk K, Datin
Zaitun Mohd Jiwa.
Wanita yang dikaitkan telah berkahwin dengan Datuk K adalah pelakon
drama popular, Rozita Che Wan yang juga sebelum ini pernah menafikan
khabar angin tersebut.
Namun perkara tersebut masih terus diperkatakan sehingga kakak kepada
Datuk K mengambil keputusan untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang
mempunyai bukti.
Zaitun turut memberitahu bahawa dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang
yang banyak demi mencabar individu yang menyebar fitnah terhadap suami
penyanyi nombor satu negara; Dato' Siti Nurhaliza.
"Perkara ini bukan pertama kali terjadi, sebelum ini juga ada terdengar
khabar angin bahawa mereka telah berkahwin. Namun tiada seorang pun yang
tampil memberikan kad jemputan mahupun gambar perkahwinan di antara
Khalid dan perempuan tersebut."
Katanya lagi, "Jika berani mengeluarkan kenyataan tersebut kenalah
berani tampil kehadapan dan memberikan bukti. Jika ada, ganjaran yang
saya sebutkan tadi akan saya berikan."
Datin Zaitun mempunyai hubungan yang akrab dengan Dato' Siti Nurhaliza
selain dia menerima banyak peluang dalam menerbitkan drama untuk stesen
televisyen swasta.
Sama cantik sama padan |
No comments:
Post a Comment