PNEUMOCOCCAL DISEASE ATAU PNEUMOKOKAL?

PNEUMOCOCCAL ( NEU-MO-KOK-AL) DISEASE ATAU PNEUMOKOKAL?

POST KALI NI NAK SHARE TENTANG DISEASE NIH..DAH LA SKRG TGH POPULAR PASAL ROTA VIRUS
APA ITU PENYAKIT PNEUMOKOKAL? bakteria Streptokokus pneumoniae (pneumokokus) boleh menyebabkan Penyakit Pneumokokal. Ianya biasanya ditemui di dalam saluran pernafasan kanak - kanak dan disebarkan melalui batuk atau bersin. Kini terdapat lbh drpd 90 jenis Pneumokokal yang diketahui, namun hanya lebih kurang 10% boleh menyebabkan penyakit yang lebih serius di seluruh dunia.

APAKAH AKIBAT PNEUMOKOKAS?

1.Meningtis - Jangkitan selaput otak dan saraf tunjang



2. Bakteremia - Jangkitan dalam darah



3. Pneumonia - Jangkitan paru - paru



4. Otitis Media - Jangkitan telinga tengah




BAGAIMANA SERIUSNYA PENYAKIT PNEUMOKOKAL?

1. Kerosakan Otak
2. Hilang Pendengaran
3. Kematian


SIAPAKAH YANG PERLU DILINDUNGI DARIPADA PENYAKIT PNEUMOKOKAL?

1. Kanak - kanak di bawah umur 5 tahun
2. Kanak - kanak yang tinggal di day care centres / nursery
3. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah
4. Mereka yang menghidap penyakit kronik. (kencing manis, jantung, paru - paru, buah pinggang atau hati)

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELINDUNGI DARIPADA PEnYAKIT PNEUMOKOKAL?
-Melalui vaksin. Kini terdapat 2 jenis vaksin pneumokokal untuk kanak - kanak :

1. Vaksin Konjugat Pneumokokal 10 valen (PCV10) melindungi kanak - kanak daripada 10 jenis bakteria pneumokokal.

2. Vaksin Konjugat Pneumokokal 13 valen (PCV13) melindungi kanak - kanak daripada 13 jenis bakteria pneumokokal termasuk serotip 19A


**Pertubuhan Kesihatan Sedunia menempatkan Penyakit Pneumokokal iaitu penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin sebagai punca pnombor 1 kematian kanak - kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.


So, me dah ambik vaksin nih utk my baby..baby lagi ker? heheheh..dah nk masuk setahun 2 bulan dah..sayang anak mama..me dah amik vaksin nih 2x..skrg tunggu dos yang terakhir..suppose time my baby 1 year dah kena ambik..tpi time tu kan warded..

so tadi dh jumpa PAED my baby, Datuk Dr Zulkifli from KPJ Shah Alam..dah discuss..nak continue saja di KPJ..kos sama dengan Klinik An - Nur Putrajaya...Lagupun history my baby Datuk Zul lebih tahu..

Kali ke - 3 follow up checkup today..full scan jantung lagi..alhamdulillah..result very good..cuma result darah saja kurang memuaskan..next follow -up check up pulak akan ambil darah lagi..

No comments: