PekePekeliling SBPA Atau Saraan Baru Perkhidmatan Awam


ho=hoyeh! Tak lama lagi keluar lah Pekeliling rasmi JPA mengenai SBPA, boleh baca sedikit petikan yang diambil dari laman web JPA tadi.

“Pemakluman Awal Penempatan Dan Hebahan Serentak Pekeliling SBPA Di Portal/Laman Web JPA, MAMPU Dan Semua Kementerian

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.

Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan”.Sumber -JPA

Opsyen ditawarkan dalam tempoh 15 hari (16 Disember – 31 Disember 2012).

Berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.


hehehe..baru dapat emel yang bertajuk : MAJLIS PERJUMPAAN KHAS PENGARAHd dot dot BERSAMA WARGA dot dot..Taklimat Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)


Dari apa yang dikatakan Ketua Setiausaha Negara, pelbagai pekara baru akan diwujudkan dalam skim SBPA ini.

antaranya

1. “Exit Policy”
mana-mana kakitangan kerajaan yang di nilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan di sarankan supaya berhenti

Apa itu “exit policy”?-lihat contoh.

Prosedur Siasatan Berhubunq KeruqianYanq Disebabkan Oleh Hutanq Dan Tungqakan Hasil yanq Tidak Boleh Didapatkan

Melainkan Pegawai Pengawal telah diwakilkan kuasa oleh Menteri Kewangan atau Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk membiarkan hutang atau tunggakan hasil yang tidak boleh didapatkan , Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan laporan mengenai hutang amaun hasil yang tidak boleh didapatkan dan hendak dibiarkan yang mengandungi maklumat seperti di Lampiran L.

Laporan tersebut hendaklah dikemukakan melalui pegawai Pengawal kepada Ketua Setiausaha perbendaharaan atau Pihak Berkuasa Kewangan Negeri,mengikut mana yang berkenaan, dengan salinan kepada Ketua Audit Negara atau wakil tempatannya,Akauntan Negara dan Akauntan Negeri/Bendahari Negeri

2. Pengredan semula jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred spt berikut (secara kasar)
i. Premier
ii. Jusa
iii. Pengurusan Tinggi
iv. Pengurusan dan Profesional
v. Pelaksana

Ikutkan gred Premier dan Pelaksana tu adalah gred baru yg di wujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yg di gred semula mengikut keperluan organisasi.

3. Penilaian Markah Penjawat Awam

Markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut :
a. Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % – tiada kenaikan
d. Markah 70 % – di syorkan tamat perkhidmatan

4. Struktur Gaji Baru

mengikut formula yg JPA dah kaji, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula dari KSN adalah spt berikut

KSN – 50k
Premier – 40k
Jusa C – 12k
Pengurusan & Profesional – 6k
Pelaksana – 3k

apa pun, kita tengok ) nanti bila pekeliling baru akan keluar bersama borang opsyen….pentingnya borang opsyen ni, sekiranya penjawat awam terima, mulai 1 januari 2012, kerja akan di nilai spt di atas, dan hanya pencen wajib pada umur 60 tahun…

Bagi mereka yang menolak SBPA, mereka akan dikekalkan dibawah SSM, menerima gaji SSM dan dasar kenaikan pangkat (N17 perlu 15 tahun untuk ke Gred N22) adalah digunapakai seperti mana biasa.


Wallahualam..apa - apa pun kita tunggu pekeliling rasmi yer..and akan diupdate after taklimat esok..


p/s: me nak tahu psl opsyen umur 60 tahun tu..adeh..klu boleh nak la duduk atas tikar sejadah selalu bila dah umuq mcm tu..bukan apa..takut tak sempat..


source : here

1 comment:

aZZa said...

KPPA tulis komen dkt FB. kenaikan based on markah tu hanya omong-omongan.. waallhualam. kena tunggu la pekeliling yg betul keluar dulu