Petua Ibu Mengandung / Hamil

Semoga tips dan petua ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu mengandung sekelian. Sekiranya anda ada petua-petua yang lain, sila kongsikan dengan yang lain.

  • Jangan cepat merajuk
  • Banyakkan membaca Al-Quran, terutamanya Surah Mariam, Surah Yusuf, Surah Luqman, Surah Yunus, Surah Ibrahim, Surah Al-Kahfi, Surah Yassin , Surah Ar-Rahman, disamping surah-surah yang lain. Insya-alah, mudah-mudahan anak kita akan cerdik,
  • Jangan minum air bergas, terutamanya diawal kandungan
  • Jangan suka mengata atau mengumpat
  • Banyakkan berzikir tak kira masa,
    • Sewaktu 0-3 bulan pertama inilah berlakunya pembentukan otak bayi. Di mana saraf-saraf dendrit akan terbentuk bagi membina NEURONS (1,000,000,000,000 trillion). Bukan sahaja minuman bergas, malahan ibu-ibu perlu menjauhkan diri daripada parking lot (underground), tempat-tempat yang sesak, stesen-stesen minyak iaitu kawasan-kawasan yang kurangnya peredaran oksigen (termasuklah minuman bergas tadi).

Petua Lain :

  • Pecahkan masa makan kepada 6 bahagian. Selalunya perempuan yang mengandung tidak dapat untuk mengambil makanan yang banyak dalam satu waktu.
  • Banyakkan mengambil makanan yang berkhasiat, mium susu, soya dan sebagainya.
  • Banyakkan minum air sekurang-kurangkanya 8 gelas sehari.
  • Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
  • Lakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot-otot rahim. Macammana senaman ini? Bila buang air kecil cuba tahan. Begitulah bentuk senamannya. Lakukan setiap hari, mulakan dari jumlah yang kecil dan tingkatkan dari hari ke hari.
  • Jika pergi ke sesuatu tempat menaiki kenderaan, mesti berhenti dan keluar berjalan-jalan selama 15 minit bagi setiap 2 jam.
  • Banyakkan beribadat dan tunjukkan akhlak yang mulia
Source : google...

3 comments:

aZZa said...

nora, nak jemput ke open house 26hb (Ahad) ni kt rumah. pukul 11am-2pm kt B2-T06-U02,Apartment Fasa 7, Presint 9.

lilieyz said...

aa..betol..lili dulu ms pregnent Idlan lili wat mcm tu. Kalo rs xsempat nk baca lili letak je earphone dkt perut. Dgrkn die surah-surah tu , pastu lagu2 baby.
Pastu makan kismis..Alhamdulillah la Idlan tak bnyak kerenah. Dalam pantang pun okay.try lah..Pastu ms nk tido krel slalu bacakan ayt kursi smpai lili tertido.

Kak nora p lah kelas ibu mengandung. Best gile kak nora..

Afira said...

itulah lili...duk survey2 jugak...ade satu yg berkenan mcm kt KPJ