Pengacau siber di website sosial spt Facebook @ Friendster

**Just for sharing..sharing is caring
This article was taken from harian metro newspaper - Wed, 22 July 2009
Sekat ‘pengacau’ siber

KUALA LUMPUR: Kata laluan terlalu mudah diteka selain menerima sesiapa saja yang mahu menjadi teman siber kesilapan utama pengguna laman web sosial seperti Facebook atau Friendster sehingga menyebabkan gambar mereka tersebar di internet.
Kesilapan itu juga dipercayai ada kaitan dengan penyebaran gambar artis dalam keadaan tidak senonoh atau sedang bermesra dengan teman di internet terutama di laman blog tertentu. Biasanya, individu yang digelar 'pengacau' alam siber itu menawarkan diri untuk menjadi teman siber atau mampu menceroboh akaun disebabkan kata laluan terlalu mudah diteka sebelum menjadi penyebar gambar mangsa untuk tontonan umum. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity, Lt Kol (b) Husin Jazri, berkata biasanya akses tanpa kebenaran boleh berlaku apabila pengguna mengabaikan langkah keselamatan sehingga identiti mereka boleh dicuri.

“Amat penting bagi pengguna mengamalkan langkah keselamatan seperti memastikan nama pengguna dan kata laluan susah diteka dan kerap ditukar.
“Kata laluan yang senang diteka seperti tarikh lahir atau nama panggilan menyebabkan sesiapa saja boleh memasuki akaun pengguna tanpa kebenaran dan melakukan perkara tidak diingini. Jangan sekali-kali memberitahu orang lain apa kata laluan anda untuk mengelak penyalahgunaan atau pencerobohan,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata, setakat ini, pihaknya belum pernah mengendalikan kes membabitkan akaun pengguna digodam, tetapi pernah berlaku akaun laman web rangkaian sosial dikompromi menyebabkan maklumat penting diubah tanpa pengetahuan. Menurutnya, CyberSecurity mempunyai laman web yang mempamerkan tips keselamatan untuk pengguna alam siber. “Sila layari http://www.cybersecurity.my/ atau http://www.esecurity.org.my/ untuk mempelajari langkah keselamatan ketika melayari alam siber. “Sekiranya pengguna mengalami insiden akaun diceroboh tanpa kebenaran dan kecurian maklumat bolehlah merujuk kepada kami. “Kami mempunyai perkhidmatan Cyber999 dan pengguna boleh melaporkan insiden itu kepada kami dengan cara menghantar emel ke cyber999@cybersecurity.my ataupun melalui laman web kami http://www.cybersecurity.my,” katanya.

2 comments:

ch0ch01ic said...

seb baik takde FB.
tp ada friendster plak.huhu..

Afira said...

takper ade fs or fb or blog..tp password kene strong dan kene tukar selalu..