Hmm ade kaitan dengan si Arif..Suka hisap jari..org kata budak hisap jari budak baik..
Tapi klu diperhatikan bukan tabiatnya..
Dia x hisap jari pd setipa masa..but mmg dia ada hisap jari and leher baju..
hmm maybe nk tumbuh gigi lagi????
tetibe terjumpa artikel ini..
Source from : Pa & Ma
Tabiat menghisap jari memang perkara normal dalam kalangan kanak-kanak.
Sejak mereka mengenali jari sendiri pada usia bayi, si kecil sudah mula
menghisap jari. Walaupun sudah puas anda menarik keluar jarinya tetapi
dia tetap akan kembali menghisap jari tersebut.
Tetapi sekiranya anak sudah meningkat usia empat tahun ke atas dan
masih lagi gemar menghisap jari, sesuatu perlu dilakukan untuk
menghentikan tabiat tersebut. Kebiasaan menghisap jari akan mempengaruhi
struktur pembentukan gusi dan gigi anak bahkan boleh mengganggu masalah
pertuturan anak.
Oleh itu sebaiknya anda lakukan pencegahan awal sebelum tabiat menghisap jari tersebut menjadi kebiasaan kepada anak anda.
Mengalihkan perhatian anak
Biasanya tabiat ini akan dilakukan apabila anak tidak membuat sebarang
aktiviti atau semasa dia sedang asyik menonton televisyen atau hendak
tidur. Ruang masa yang santai membuatkan anak cenderung melakukan tabiat
ini. Oleh itu alihkan perhatiannya ketika dia sedang berkhayal dengan
mengajaknya membuat aktiviti. Mungkin apabila sibuk membuat aktiviti,
anak anda akan melupakan tabiat tersebut dan lama-kelamaan akan hilang
sendiri.
Bermain di luar
Kadang kala ada anak yang akan berasa malu untuk melakukan tabiat
buruknya sekiranya berada di luar rumah dan di kelilingi kawan-kawan.
Maka dengan mengajak anak beriadah dan bermain di luar rumah dapat
mengurangkan sekaligus melupakan tabiat menghisap jarinya. Apatah lagi
sekiranya anak anda melihat kawan-kawannya yang tidak mempunyai tabiat
tersebut, tentu ini akan menyedarkannya.
Terangkan keburukan
Anak-anak kecil perlu diberikan penerangan tentang sebab dan mengapa
dia tidak boleh melakukan sesuatu perkara. Anda perlu menerangkan
kepadanya tentang kesan buruk jika suka menghisap jari seperti bakteria
dari tangan akan masuk ke dalam perut dan dia akan mudah mendapat
penyakit. Mungkin awalnya anak tidak mengendahkan penerangan anda tetapi
lama-kelamaan ingatan itu akan lekat di memorinya.
Bersabar
Kesabaran anda diperlukan ketika berhadapan dengansituasi ini. Jangan
mudah berputus asa dan marah sekiranya anak masih lagi tidak
menghentikan tabiatnya. Mengajar kanak-kanak memerlukan kesabaran yang
tinggi kerana mereka adalah golongan yang mengambil masa untuk memahami
sesuatu penerangan.
No comments:
Post a Comment