Jangan lupa saksikan drama bersiri terbaru "RUNTUN QALBU" di slot Zehra TV3MALAYSIA bermula pada hari Jumaat 21 Sept 2012 ini, jam 9 malam.
Picture taken from FB We Love Fasha Sandha
Runtun Qalbu dilakonkan oleh Kamal Adli sebagai Qalbu yang mana melalui
satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang
taat. Namun sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya,
semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah
dilaluinya sebelum itu.
Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu (Fasha Sandha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu, penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.
Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida Ibrahim).
Itulah minat Qalbu namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu (Shah Iskandar) yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.
Kronologi perkenalan Qalbu dan Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.
Runtun Qalbu penuh emosi dan permainan jiwa dalaman yang mana kesemua watak yang dihidupkan punya kekuatan masing-masing. Idayu yang begitu manis dan sopan santun bicaranya pula tidak henti menaruh hati kepada Qalbu namun plot cerita drama ini begitu kemas bermain dengan imaginasi penonton.

No comments:
Post a Comment