Wah..betul la yusry and lisa nk kawen..ingatkan gossip..good good..mmg nmpk serasi...sama padan..
yusry pong educated...kaya..hoye..
hope mereka berdua akan dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat

Source from berita harian online
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
rajamawar@bharian.com.my
2011/12/24
YUSRY dan Lisa pada sidang media di Putrajaya, semalam.
Pasangan selebriti pilih 23 Februari depan
KUALA LUMPUR: Spekulasi perkahwinan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim, 38, dengan pelakon jelita, Lisa Surihani Mohamed, 25, akhirnya terjawab apabila pasangan berkenaan mengumumkan tarikh pernikahan dan majlis resepsi mereka, di sini, semalam.

Pasangan itu akan disatukan sebagai suami isteri di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya pada Jumaat, 23 Februari depan selepas solat Asar. Manakala majlis resepsi kedua-dua bakal pengantin baru itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya pada 26 Februari ini.
Jumaat lalu, Yusry menghantar rombongan keluarganya untuk merisik Lisa di kediamannya, malah cincin yang tersarung di jari manis Lisa menandakan mereka sudah bersedia melangkah ke fasa lain dalam kehidupan.
Yusry berkata, mereka tidak pernah menafikan akan mendirikan rumah tangga pada 2012, cuma mereka tidak mahu menghebohkannya sebelum berbincang dengan keluarga kedua-dua pihak.
“Kami tidak pernah berdolak-dalih soal perkahwinan, malah apa saja persoalan yang diajukan, kami akan menjawab secara baik. Bagi saya, tidak adil ketika saya sibuk menyelesaikan penggambaran filem Vikingdom, Lisa pula diburu wartawan yang mahukan pengesahan perkahwinan. Mungkin tidak manis jika Lisa membuka mulut soal perkahwinan. Jadi, untuk berlaku adil pada semua akhbar, kami sepakat membuat pengumuman ini bersama.
“Kami tidak mengharapkan ‘wedding of the year’, kami mahukan majlis pernikahan dan resepsi sederhana dan ringkas tetapi elegan. Alhamdulillah, selepas hampir setahun mengenali hati budi masing-masing, kami merasakan inilah masa yang sesuai untuk kami menamatkan spekulasi.
“Diakui, saya dan Lisa sudah berbincang soal hala tuju perhubungan sejak awal perkenalan lagi. Apabila serasi berkawan dan keluarga juga merestuinya, inilah dinamakan perhubungan matang. Tarikh 23 Februari yang dipilih untuk majlis pernikahan bukanlah tarikh istimewa cuma angka 23 adalah tarikh lahir Lisa.
“Jujurnya, kami belum membuat apa-apa persiapan perkahwinan. Langkah pertama yang dilakukan sebelum membuat pengumuman adalah menempah terlebih dulu lokasi majlis resepsi di PICC.
“Soal ASTRO mendapat hak penyiaran secara eksklusif hari perkahwinan belum diputuskan. Saya dan Lisa menyerahkan pada KRU Studios dan MIG Productions. Kami tiada halangan, bukan saja ASTRO, mana-mana stesen TV lain pun kami terima, tapi perlu mendapat persetujuan bersama. Diakui, saya bahagia dan menyayangi Lisa sepenuh jiwa, begitu juga Lisa,” katanya dalam majlis sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinan mereka di Hotel JW Marriot, Putrajaya.
Turut hadir, ibu bapa Yusry, Abdul Halim Kamal dan Zarina AW Fenner dan abangnya, Norman Abdul Halim, selain ibu Lisa, Siti Amira Ahmad.

No comments:
Post a Comment